Tahap Kanser Prostat | UNIT SUMBER PENDIDIKAN KANSER DAN KLINIKAL (CCARE)
» Tahap Kanser Prostat

Tahap Kanser Prostat


Peringkat kanser boleh berpandukan kepada pengelasan TNM ( tumor, nodus limfa dan metastasis).

Tumor (T)

  • TX: Bukan tumor utama atau tidak boleh dinilai.
  • T0: Tiada bukti tumor utama.
  • T1: Tumor tidak dapat ditemui oleh pemeriksaan atau dengan menggunakan pengimejan (seperti ultrasound atau imbasan MRI), tetapi secara kebetulan dijumpai semasa biopsi atau pembedahan
  • T1a: Tumor ditemui dalam 5 % atau kurang daripada tisu yang diambil.
  • T1b: Tumor ditemui dalam 5 % atau lebih daripada tisu yang diambil .
  • T1c: Tumor itu ditemui melalui ujian jarum biopsi selepas tahap PSA yang tinggi.
  • T2: Tumor hanya terdapat dalam prostat itu sendiri.
  • T2a: Tumor ditemui dalam 50 % atau kurang daripada satu lobus .
  • T2b: Tumor didapati dalam 50% atu lebih daripada satu lobus .
    T2c: Tumor terdapat dalam kedua-dua lobus.
  • T3: Tumor telah merebak melalui kapsul yang mengelilingi prostat.
  • T3a: Tumor hanya melalui kapsul tanpa menyerang vesikel mani.
  • T3b: Tumor telah menyerang vesikel mani.
  • T4: Tumor telah menyerang struktur atau tisu berhampiran prostat selain daripada vesikel mani. Ini termasuk leher pundi kencing, rektum, dan dinding pelvik bersama-sama dengan struktur lain).

Nod (N)

  • NX: Tiada nodus limfa atau tidak boleh dikesan.
  • N0: Nodus tidak menunjukkan bukti kanser.
  • N1: Nodus menunjukkan tanda/bukti kanser.


Metastasis (M)

  • MX: Tiada kehadiran metastasis atau tidak boleh dikesan
  • M0: Tiada bukti metastasis jauh.
  • M1: Terdapat bukti metastasis jauh
  • M1a: Kanser telah dijumpai dalam nodus limfa jauh dari prostat.
  • M1b: Kanser telah dijumpai dalam tulang
  • M1c: Kanser telah dijumpai di kawasan lain di dalam badan

 

Kemaskini:: 18/03/2019 []

PERKONGSIAN MEDIA

UNIT SUMBER PENDIDIKAN KANSER DAN KLINIKAL (CCARE)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 9754
-
SXETGAu~