Tahap Kanser Payudara | UNIT SUMBER PENDIDIKAN KANSER DAN KLINIKAL (CCARE)
» Tahap Kanser Payudara

Tahap Kanser Payudara

 

Selagi kanser payudara belum dapat dicegah, harapan tinggi untuk mengawalnya adalah melalui pengesanan awal, diagnosis dan rawatan. Kanser payudara boleh dibahagikan kepada 4 tahap bergantung pada perkembangan penyakit tersebut.

Tahap 1
Kanser bersaiz 2 cm atau kurang, dan terbatas pada payudara.

Tahap 2
Kanser berukuran antara 2-5 cm, atau nodus limfa (kelenjar limfa di ketiak) terlibat, atau kedua-duanya.

Tahap 3
Kanser bersaiz lebih daripada 5 cm, atau telah melibatkan kulit atau otot di bawahnya, nodus limfa biasanya terlibat, tetapi kanser belum merebak lebih jauh.

Tahap 4
Kanser merebak ke tempat yang jauh seperti nodus limfa di leher, paru-paru, hati atau tulang.

 

Kemaskini:: 18/03/2019 []

PERKONGSIAN MEDIA

UNIT SUMBER PENDIDIKAN KANSER DAN KLINIKAL (CCARE)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 9754
-
X, (02:04:40pm-02:09:40pm, 09 Jul 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]