Tahap Kanser Nasofarink | UNIT SUMBER PENDIDIKAN KANSER DAN KLINIKAL (CCARE)
» Tahap Kanser Nasofarink

Tahap Kanser Nasofarink

 

Tahap 0 (Karsinoma In Situ)

Sel tak normal terdapat pada pelapik nasofarinks. Keadaan ini adalah tahap awal kanser. Sesetengah doktor menamainya prakanser.

Tahap I

Tahap ini ialah tahap paling awal kanser nasofarinks. Ia mungkin melibatkan semua bahagian nasofarinks. Kanser ini mungkin tidak merebak ke bahagian lain tubuh.

Tahap II

Pada tahap ini, sel kanser telah membiak ke tisu di sekelilingnya. Terdapat 2 kumpulan dalam Tahap II.

  • IIA: kanser terdapat pada nasofarinks dan merebak ke orofarinks, dan/atau rongga hidung
  • IIB: kanser terdapat pada nasofarinks dan merebak ke nodus limfa pada sebelah leher

 


Tahap III

Jika anda berada pada Tahap III, ia bermaksud salah satu daripada berikut wujud:

  • Kanser ditemui pada nasofarinks dan telah merebak ke nodus limfa sekitar 6 sentimeter atau kurang, di kedua-dua belah leher.
  • Kanser ditemui pada nasofarinks dan telah merebak ke dalam orofarinks dan/atau rongga hidung dan ke nodus limfa sekitar 6 sentimeter atau kurang, di kedua-dua belah leher.
  • Kanser telah merebak ke tulang atau sinus yang berdekatan, dan mungkin merebak ke nodus limfa sekitar 6 sentimeter atau kurang, di kedua-dua belah leher.

 

Tahap IV

Ini bermakna kanser telah merebak.

  • IVA: kanser telah merebak ke tengkorak, saraf kranium, mata atau hipofarinks. Kanser mungkin juga telah merebak ke nodus limfa sekitar 6 sentimeter dan kurang sedikit di sebelah leher.
  • IVB: kanser telah merebak ke tengkorak, saraf kranium, mata atau hipofarinks. Kanser mungkin juga telah merebak ke nodus limfa sekitar 6 sentimeter dan lebih di sebelah leher.
  • IVC: sel kanser telah merebak ke bahagian lain tubuh seperti tulang, paru-paru dan otak.

 

 

Kemaskini:: 28/08/2013 [amir_peli] Kemaskini:: [amir_peli] Kemaskini:: 07/10/2020 []

PERKONGSIAN MEDIA

UNIT SUMBER PENDIDIKAN KANSER DAN KLINIKAL (CCARE)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 9754
-
W, (02:43:07am-02:48:07am, 14 Jul 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]