Sumber/Penyebab Kesakitan Kanser | UNIT SUMBER PENDIDIKAN KANSER DAN KLINIKAL (CCARE) care
» Sumber/Penyebab Kesakitan Kanser

Sumber/Penyebab Kesakitan Kanser



Antara penyebab sakit barah adalah:

1.      Kesakitan akibat barah

  • Kesakitan berpunca dari sel-sel barah yang abnormal yang menjalani proses pertumbuhan pada kadar yang lebih pantas dari sel biasa, ia menyebabkan kesan tekanan pada organ-organ dalaman, kelenjar dan lapisan tisu badan. 

 2.      Kesakitan  akibat dari  terapi kanser

  • Rawatan kanser yang  boleh menyebabkan kesakitan  adalah seperti:

 

  • Prosedur diagnostik (pengambilan sample tisu-“biopsy”).
  • Pembedahan - Kesakitan akibat dari pembedahan. Contohnya, ”Post-surgical pain syndrome”, ”Post-thoracotomy syndrome”, “Post-mastectomy Pain”, “Stump pain”.
  • Rawatan Kemoterapi - Radang pada tisu-tisu badan; radang pada salur darah vena, tisu adipos, salur pernafasan dan kulit; kecederaan saraf.
  • Rawatan Radioterapi - contohnya; enteritis, dermatitis, neuritis, myelopathy aseptic necrosis of bone, cystitis, proctitis, brachial plexopathy.

3.   Kesakitan akibat dari barah yang merebak ke organ atau anggota badan yang lain

  • Tulang - sakit pada tulang belakang, sakit akibat patah tulang.
  • Saraf tunjang tertekan - sakit pada anggota badan atas (tangan) dan bawah (kaki), ”radicular pain”.
  • Pening kepala - (merebak pada otak).
  • Sakit pada bahagian leher - (merebak pada saraf tunjang serviks).
  • Sakit pada bahagian buang air besar - (pain on defication).
  • Sakit perut - barah pada hati, barah menyebabkan usus tersekat. 

4.      Kesakitan  akibat dari jangkitan kuman

  • Sistem imuniti yang terjejas boleh menyebabkan berbagai jangkitan kuman. 

5.      Masalah sakit yang lain

  • Anda mungkin juga mengalami kesakitan yang tidak langsung berkaitan dengan penyakit anda atau  kesan dari rawatan seperti  pening  kepala,  lenguh  badan dan letih seluruh badan.

 


Kemaskini:: 28/01/2014 [ctfarhanah]

PERKONGSIAN MEDIA

UNIT SUMBER PENDIDIKAN KANSER DAN KLINIKAL (CCARE)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 9754
-
W, (05:14:33pm-05:19:33pm, 14 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]