Simptom Limfoma | UNIT SUMBER PENDIDIKAN KANSER DAN KLINIKAL (CCARE)
» Simptom Limfoma

Simptom Limfoma


  • Tanda pertama limfoma yang sering kali berlaku ialah ketulan atau kelenjar bengkak pada kawasan leher, abdomen, ketiak, atau groin (kelangkang).
  • Limfoma mungkin diketahui semasa bertemu doktor kerana sebab lain, atau semasa pemeriksaan fizikal yang rutin.
  • Gejala lain mungkin antaranya termasuk:

 

    1. Tompok-tompok merah pada kulit.
    2. Loya, muntah-muntah, atau sakit abdomen.
    3. Batuk-batuk atau sesak nafas.

 

  • Sesetengah individu yang menghidap limfoma mengalami gejala lain, yang dinamai gejala B, termasuklah:

 

    1. Perpeluhan berlebihan pada waktu malam.
    2. Susut berat badan tanpa sebarang sebab, biasanya lebih daripada 10% jumlah berat badan.
    3. Demam yang kuat, secara berselang, terutama pada malam hari.
    4. Kulit gatal-gatal, biasanya tanpa ruam.
    5. Kelesuan yang melampau.

 

Kemaskini:: 04/04/2019 []

PERKONGSIAN MEDIA

UNIT SUMBER PENDIDIKAN KANSER DAN KLINIKAL (CCARE)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 9754
-
W, (06:53:00am-06:58:00am, 28 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]