Simptom Kanser Prostat | UNIT SUMBER PENDIDIKAN KANSER DAN KLINIKAL (CCARE)
» Simptom Kanser Prostat

Simptom Kanser Prostat


Tidak terdapat gejala khusus pada seseorang yang mempunyai kanser prostat. Walau bagaimanapun sesetengah lelaki mengalami gejala yang mungkin menunjukkan kewujudan kanser prostat, seperti:-

  1. Rasa sakit atau pedih semasa kencing. 
  2. Darah dalam air kencing
  3. Kerap kencing, terutama pada malam hari.
  4. Sukar hendak mula kencing.
  5. Sukar menahan aliran air kencing
  6. Aliran air kencing yang lemah atau yang terhenti-henti.
  7. Tidak boleh kencing apabila terasa hendak kencing.
  8. Rasa sakit di pinggang bahagian belakang, di pinggul, di paha bahagian atas, di bahu atau pada tulang lain. 

Walau bagaimanapun, anda hendaklah mendapatkan nasihat daripada doktor pakar untuk maklumat lanjut.

Kemaskini:: 04/04/2019 []

PERKONGSIAN MEDIA

UNIT SUMBER PENDIDIKAN KANSER DAN KLINIKAL (CCARE)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 9754
-
F, (04:01:17am-04:06:17am, 09 Apr 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]