Simptom Kanser Paru-paru | UNIT SUMBER PENDIDIKAN KANSER DAN KLINIKAL (CCARE)
» Simptom Kanser Paru-paru

Simptom Kanser Paru-paru


Tanda-tanda dan gejala kanser paru-paru pesakit bergantung kepada lokasi dan saiz tumor serta samada terdapat perebakan setempat ataupun jauh dari paru-paru.

  • Batuk

◦ Batuk berterusan yang biasanya jenis kering

  • Hemoptisis

  ◦ Kahak yang mengandungi darah atau batuk berdarah

  • Sesak nafas

  ◦ Pada mulanya apabila melakukan aktiviti ringan dan kemudiannya hadir walaupun dalam
    keadaan rehat

  • Sakit dada

  ◦ Rasa sakit di kawasan dada yang terlibat ketika menarik nafas

  • Nafas berbunyi (wheezing) dan/atau perubahan pada suara (garau)
  • Berat badan menurun dan hilang selera makan
  • Letih dan lesu
  • Radang paru-paru yang berpanjangan
  • Bengkak dan kemerahan di bahagian atas dada, leher dan muka
  • Loya, muntah, dahaga, sembelit atau berkeadaan keliru akibat dari peningkatan paras kalsium dalam darah (hypercalcemia)
  • Gejala dari perebakan ke organ lain (metastasis)

 

Kemaskini:: 14/03/2019 []

PERKONGSIAN MEDIA

UNIT SUMBER PENDIDIKAN KANSER DAN KLINIKAL (CCARE)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 9754
-
W, (02:20:05am-02:25:05am, 29 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]