Simptom Kanser Pada Kanak-Kanak
Tiada satu pendekatan tepat yang boleh digunakan oleh doktor untuk semua bagi mendiagnosis kanser kanak-kanak kerana ia merangkumi pelbagai jenis kanser yang berbeza, di mana setiap satunya menjejaskan organ-organ yang berlainan.
Oleh sebab gejala-gejala adalah berbeza-beza berdasarkan jenis dan lokasi kanser, secara umumnya ia adalah sukar untuk senaraikan gejala-gejala tertentu yang perlu diawasi. Anda haruslah mengambil tindakan yang segera jika anak anda mempunyai sebarang gejala-gejala seperti di bawah, terutamanya jika lebih daripada satu gejala hadir pada masa yang sama, ataupun jika gejala berlaku secara kerap atau berterusan walaupun telah berjumpa dengan doktor:
C ontinued unexplained weight loss(hilang berat badan yang tidak diketahui puncanya)
H eadaches with early morning vomiting(sakit kepala dengan muntah di awal pagi)
I ncrease swelling /pain in bones, joints (Pembengkakan atau rasa sakit dalam tulang, sendi)
L ump or mass (benjolan atau massa)
D evelopment of excessive bruising or bleeding (lebam atau pendarahan yang keterlaluan)
C onstant infection (jangkitan yang berterusan)
A white color behind the pupil (warna putih di belakang anak mata)
N ausea which persist or vomiting without nausea (loya berterusan atau muntah tanpa rasa loya)
C onstant tiredness (keletihan yang berterusan)
E ye or vision changes(perubahan penglihatan atau mata)
R ecurrent /persistent fever of unknown cause(demam yang berulang/berterusan yang tidak diketahui puncanya)

Kemaskini:: 01/09/2021 []

Blok Utara, Pusat Pengajaran dan Latihan (Aras 1)
Hospital Sultan Abdul Aziz Shah
Persiaran Mardi - Upm,
43400 Serdang,
Selangor