PEMBEDAHAN
Wide Local Excision (Breast Conserving Surgery Procedure)
Pembedahan ini menyelamatkan sebanyak mana payudara dengan hanya membuang ketulan dan kawasan sekitar tisu normal. Kebanyakan wanita boleh menjalani rawatan ini – biasanya diikuti dengan radioterapi dan bukan mastektomi, dan dalam kebanyakan kes, kadar hidup pesakit bagi kedua-dua pembedahan adalah sama. Tetapi rawatan ini mungkin bukan pilihan sekiranya:
Jika anda mempunyai tumor yang besar tetapi masih mahu mempertimbangkan kemungkinan rawatan ini, maka kemoterapi sebelum pembedahan mungkin menjadi pilihan untuk mengecutkan tumor dan menjadikan anda layak untuk tatacara ini. Selepas pembedahan, payudara anda mungkin tidak sama dari segi saiz dan bentuk. Ini kerana membuang tisu payudara semasa pembedahan biasanya menyebabkan payudara yang berkenaan kelihatan lebih kecil; namun bengkak disebabkan tindak balas terhadap pembedahan boleh menyebabkan payudara anda kelihatan besar (bukan kesan kekal).
Mastektomi
Mastektomi melibatkan pembuangan semua tisu payudara, kadangkala bersama dengan tisu lain yang berdekatan. Mastektomi mungkin baik untuk anda jika:
Kesan dan risiko rawatan ini ialah:
Jika anda melakukan mastektomi, doktor anda akan membincangkan lebih lanjut tentang penstrukturan semula payudara dengan anda. Penstrukturan semula payudara ialah pembedahan untuk membina semula bentuk payudara anda. Ia tidak memberikan semula payudara kepada wanita – payudara yang dibentuk ini tidak memiliki deria rasa semula jadi. Walau bagaimanapun, pembedahan ini memberikan hasil yang serupa seperti payudara sebenar. Penstrukturan semula payudara mungkin memerlukan lebih dari satu pembedahan. Langkah-langkah tambahan mungkin melibatkan:
Pembedahan Nodus Limfa di Bahagian Bawah Lengan (Axillary lymph nodes dissection)
Pembedahan nodus limfa di bahagian bawah lengan biasanya membuang nodus di peringkat I dan II. Untuk wanita yang mengalami kanser payudara invasif, prosedur ini disertai mastektomi atau breast conserving surgery. Ia mungkin dilakukan serentak, atau selepas lumpektomi (melalui hirisan yang berasingan).
Berdasarkan pemeriksaan fizikal doktor dan petunjuk-petunjuk lain tentang kemungkinan yang kanser telah merebak kepada nodus limfa anda, pakar surgeri akan membuang antara 5 dan 30 nodus semasa pembedahan bahagian bawah lengan. Jumlah nodus limfa yang ‘terlibat’ (menunjukkan bukti kanser) adalah lebih penting daripada tersebarnya kanser di mana-mana nodus.
Doktor anda akan memberitahu anda sekiranya tentang nodus limfa yang terlibat (dan kalau ada, berapa banyak) serta penglibatan tumor dalam setiap nodus.
Terdapat pusat yang menawarkan sentinel nodes biopsi sebagai alternatif kepada pembedahan nodus limfa di bahagian bawah lengan, namun pembedahan itu hanya ditawarkan untuk kes-kes tertentu sahaja.
TERAPI
KEMOTERAPI
Kemoterapi ialah penggunaan ubat pembunuh kanser yang disuntikkan ke dalam vena, diberikan dalam bentuk suntikan atau diambil dalam bentuk pil atau cecair. Ubat ini memasuki saluran darah dan beredar ke seluruh tubuh, menjadikannya rawatan yang berguna untuk kanser yang telah tersebar ke organ yang jauh. Walaupun ubat ini membunuh sel kanser, ia juga merosakkan sebahagian sel normal, yang boleh menimbulkan kesan sampingan.
Kesan sampingan kemoterapi yang paling biasa ialah:
Tiga strategi kemoterapi yang berlainan boleh digunakan:
Port untuk Kemo
Pakar onkologi anda mungkin menyarankan supaya anda menggunakan port atau "port-a-cath" yang dimasukkan ke dalam bahagian atas dinding dada anda (ruang di antara tulang kolar dan payudara anda) untuk memudahkan kemoterapi dan membuat anda lebih selesa. Anda akan menjalani pemeriksaan sinar-x dada untuk mengesahkan bahawa port telah diletakkan di tempat yang betul. Setelah selesai kemoterapi, port boleh dikeluarkan dengan cepat dalam tatacara lain pada hari yang sama. Port adalah sebesar saiz duit dua puluh sen, tetapi lebih tebal, dan akan hanya menimbulkan bonjol di bawah kulit.
Terdapat beberapa kebaikan menggunakan port:
RADIOTERAPI
Terapi radiasi digunakan untuk membunuh sel tumor jika ada lagi yang tertinggal selepas pembedahan. Ini ialah rawatan setempat dan dengan itu berkesan hanya terhadap sel tumor yang menjadi sasaran alur radiasi (sinaran) tersebut. Kaedah ini paling kerap digunakan bagi mereka yang telah menjalani pembedahan konservatif seperti lumpektomi. Pembedahan konservatif direka untuk mengekalkan sebanyak mungkin tisu payudara. Terapi radiasi biasanya diberikan lima hari seminggu selama lima hingga enam minggu. Setiap rawatan hanya mengambil masa beberapa minit sahaja. Ia tidak menyakitkan dan mempunyai kesan sampingan yang sedikit.
Kesan sampingan radioterapi:
TERAPI HORMON
Terapi hormon sering digunakan untuk merawat wanita yang kansernya sensitif terhadap hormon estrogen dan progestron. Seperti kemoterapi, terapi jenis ini boleh digunakan untuk mengurangkan kemungkinan kanser anda berulang. Jika kanser sudah merebak, terapi hormon mungkin boleh mengecutkan atau mengawalnya.
Dua kelas ubat digunakan untuk terapi hormon:
Modulator reseptor estrogen selektif (SERMs)
SERMs bertindak dengan cara:
SERMs boleh digunakan bagi wanita pramenopaus (belum putus haid) dan pascamenopaus (lepas putus haid). SERMs yang paling biasa dipreskripsikan untuk terapi hormon ialah tamoxifen (Nolvadex). Tamoxifen digunakan untuk mengurangkan risiko kanser payudara bagi wanita yang:
Anda boleh mengambil tamoxifen setiap hari dalam bentuk pil sehingga lima tahun. Ia boleh mengurangkan risiko berulangnya kanser payudara dan kurang toksik berbanding kebanyakan ubat antikanser. Tetapi tamoxifen bukanlah tidak mendatangkan masalah. Wanita yang mengambil tamoxifen boleh mengalami gejala menopaus seperti:
Kesan sampingan yang lebih teruk termasuklah darah beku dan kadang-kadang berlaku kanser endometrium. Wanita yang lebih tua, terutamanya yang mengalami masalah kesihatan lain, boleh menghadapi risiko yang lebih besar terhadap kesan sampingan berbanding dengan wanita muda.
Perencat Aromatase
Ubat kelas ini termasuklah:
Ubat ini menyekat pertukaran bahan hormon (androstenedion) kepada estrogen. Ia menghalang penghasilan estrogen di dalam sel selain sel ovari. Sel lemak, kelenjar adrenal dan sel normal lain semuanya menghasilkan sejumlah kecil estrogen.
Ubat ini hanya berkesan pada wanita pascamenopaus.
Kemaskini:: 13/03/2019 []

Blok Utara, Pusat Pengajaran dan Latihan (Aras 1)
Hospital Sultan Abdul Aziz Shah
Persiaran Mardi - Upm,
43400 Serdang,
Selangor