Rawatan Dan Kesan Sampingan | UNIT SUMBER PENDIDIKAN KANSER DAN KLINIKAL (CCARE)
» Rawatan dan Kesan Sampingan

Rawatan dan Kesan Sampingan

RAWATAN DAN KESAN SAMPINGAN

Rawatan yang digunakan untuk pesakit kanser kanak-kanak adalah toksik, tidak menyenangkan dan tidak menentu.

Pelbagai usaha dilakukan bagi mencari cara terbaharu untuk merawat kanser di mana cabaran utama yang dihadapi para doktor hari ini ialah bagaimana untuk menjadikan rawatan lebih selamat dan mengurangkan risiko bahaya berkaitan rawatan kepada pesakit kanak-kanak.

Terdapat beberapa jenis rawatan yang digunakan untuk kanser kanak-kanak termasuk pembedahan, kemoterapi, radioterapi, imunoterapi dan pemindahan sel stem. Selalunya gabungan rawatan ini digunakan.

Pembedahan

Pembedahan memainkan peranan amat penting dalam rawatan kanser yang bertujuan untuk membuang tumor.

Bergantung kepada saiz dan kedudukan tumor dalam badan, pembedahan mungkin menjadi bahagian pertama rawatan. Kadang-kala, pembedahan boleh membahayakan atau menyebabkan kerosakan yang besar disebabkan saiz dan kedudukan tumor. Dalam situasi ini, kemoterapi atau radioterapi mungkin terlebih dahulu digunakan bagi mengecutkannya.

 

KEMOTERAPI

  • Kemoterapi adalah istilah yang digunakan terhadap ubat-ubatan yang diberikan untuk membunuh sel-sel kanser.
  • Ia boleh diambil secara oral (melalui mulut), intravena (disuntik terus ke dalam vena), intraotot (disuntik terus ke dalam otot) atau intrathecally (terus ke dalam cecair spinal).
  • Matlamat rawatan adalah untuk membunuh sel kanser tetapi kadang kala ia boleh memusnahkan sel yang sihat. Kesan sampingan kemoterapi mungkin antaranya termasuklah:
    1. Anemia - bilangan sel darah merah rendah
    2. Bilangan sel darah putih rendah (boleh memberi risiko jangkitan)
    3. Demam
    4. Keletihan
    5. Lebam atau bintik merah kecil pada kulit, gusi berdarah, darah dalam air kencing atau najis.
    6. Rambut gugur
    7. Kurang selera makan
  • Tahap keterukan kesan sampingan bergantung kepada setiap individu. Selain itu, terdapat kesan sampingan yang khusus terhadap ubat seseorang. Ini akan diterangkan secara terperinci oleh doktor kepada keluarga semasa kaunseling tentang penyakit dan rawatan.

 

RADIOTERAPI

  • Radioterapi merawat kanser dengan menggunakan sinar bertenaga tinggi untuk memusnahkan sel-sel kanser pada bahagian tertentu dalam badan. Rawatan ini biasanya diberikan sebagai satu siri sesi harian pendek dalam tempoh beberapa minggu.
  • Radioterapi juga digunakan pada kanak-kanak yang memerlukan pemindahan sel stem (sum-sum tulang). Radioterapi digunakan untuk memusnahkan sumsum tulang mereka yang sedia ada sebelum pemindahan.
  1. Keletihan: Ini berlaku apabila terlalu banyak sel darah yang sihat musnah, oleh itu sedikit oksigen dibawa ke seluruh tubuh.
  2. Hilang selera makan: Kadangkala selepas rawatan, pesakit mungkin mengalami kesukaran untuk menelan.
  3. Kesan pada kulit: Bahagian kulit yang terdedah pada radioterapi boleh menjadi sakit dan merah.

 

PEMINDAHAN SEL STEM ATAU SUM-SUM TULANG

  • Pemindahan sel stem atau sum-sum tulang membolehkan kanak-kanak menerima dos kemoterapi yang lebih tinggi. Ini kerana dos kemoterapi yang tinggi meningkatkan peluang menyembuhkan kanser tetapi mempunyai lebih banyak kesan sampingan.
  • Ada dua keadaan yang memerlukan pemindahan iaitu:
    1. Kanser telah merosakkan sum-sum tulang. Pemindahan sum-sum tulang dan pemindahan peripheral blood stem cell selalunya digunakan semasa merawat penyakit leukemia dan lymphoma.
    2. Apabila rawatan diperlukan dengan dos kemoterapi yang banyak dan semasa rawatan radiasi telah merosakkan sum-sum tulang kanak-kanak tersebut.
  • Dos yang sangat tinggi akan memusnahkan sel-sel stem darah dalam sum-sum tulang. Oleh itu, selepas kemoterapi berdos tinggi kanak-kanak akan diberikan sel stem untuk menghasilkan sel-sel darah lagi.
  • Kebanyakan kanak-kanak yang mengalami leukemia dan kanser memerlukan pemindahan sum-sum tulang atau pemindahan peripheral blood stem cell.
  • Di dalam rawatan ini sel darah dan sum-sum tulang yang rosak dimana bahan yang membuat sel darah di dalam tulang digantikan dengan sel stem yang baru dan boleh tumbuh menjadi sel yang sihat.

 

IMUNOTERAPI

  • Sejenis rawatan terkini yang mula digunakan dalam rawatan beberapa jenis kanser dan menjadi subjek kepada banyak usaha penyelidikan.
  • Ia memanfaatkan kuasa sistem imun pesakit sendiri untuk menyerang kanser. Ini boleh dicapai dalam beberapa cara yang berbeza.
  • Sejenis imunoterapi dikenali sebagai terapi anti-GD2 sedang diuji untuk kanak-kanak dengan neuroblastoma berisiko tinggi.
  • Keputusan awal memberi harapan cerah tetapi ia mempunyai kesan sampingan yang tidak menyenangkan dan masih diperbincangkan.

Kemaskini:: 01/09/2021 []

PERKONGSIAN MEDIA

UNIT SUMBER PENDIDIKAN KANSER DAN KLINIKAL (CCARE)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 9754
-
W, (10:14:45pm-10:19:45pm, 19 Jul 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]