Pilihan Rawatan | UNIT SUMBER PENDIDIKAN KANSER DAN KLINIKAL (CCARE)
» Pilihan Rawatan

Pilihan Rawatan

Kebanyakkan pesakit dengan sindrom karsinoid mengalami komplikasi jantung. Doktor akan merujuk kepada pakar kardiologi (jantung), atau menjalani saringan awal penyakit jantung setiap 2-3 tahun untuk memantau keadaan jantung.

Anda mungkin menjalani pembedahan untuk membuang seluruh atau sebahagian daripada tumor. Bergantung kepada jenis dan kawasan barah anda berada.

  • Tumor karsinoid GI. Pakar bedah akan membuang tumor melalui pembedahan, bersama dengan beberapa tisu di sekitarnya. Sekiranya tumor berada di rektum, pakar bedah mungkin mencuba kaedah yang menggunakan arus elektrik untuk memanaskan dan memusnahkan tumor tersebut. Ini dipanggil fulguration.

Beberapa tumor karsinoid kecil pada perut, duodenum, dan rektum dapat dikeluarkan dengan kaedah endoskopi. Untuk tumor yang lebih besar, doktor juga boleh membuang sebahagian perut, usus besar, atau rektum, bersama dengan kelenjar nodus limfa yang berdekatan.

  • Tumor karsinoid paru-paru. Pakar bedah akan mengeluarkan tumor dan bahagian saluran pernafasan atas dan bawah. Ini dipanggil sleeve resection. Saluran pernafasan dihubungkan semula selepas pembedahan. Untuk ketumbuhan yang lebih besar, pakar bedah juga boleh mengeluarkan sebelah paru-paru anda atau keseluruhannya. Pakar bedah juga mengeluarkan beberapa kelenjar nodus limfa untuk menghentikan daripada tumor merebak.
  • Tumor karsinoid di hati. Sekiranya barah merebak di hati, pakar bedah akan membuang kawasan tumor yang terlibat. Ia dikenali sebagai reseksi hati.

Sebelum pembedahan bermula, pastikan anda memberitahu kepada pakar bedah yang anda mempunyai sindrom karsinoid, kerana tumor ini dapat membebaskan sejumlah hormon yang merbahaya semasa pembedahan. Anda perlu diberikan ubatan terlebih dahulu untuk mengelakkan perkara ini berlaku.

Doktor mungkin mencuba beberapa rawatan lain bersama dengan pembedahan untuk merawat dengan lebih baik. Atau mereka mungkin mencadangkan beberapa pilihan rawatan jika anda tidak dapat menjalani pembedahan. Pilihan rawatan tersebut adalah:

  • Radioterapi. Prosedur ini menggunakan sinar-X berkuasa tinggi untuk membunuh sel-sel barah. Sebilangan besar masa rawatan adalah dari pancaran radioterapi di bahagian luar badan. Atau doktor boleh menanam/implan bahan radioaktif di dalam badan anda, berdekatan dengan kawasan tumor. Kesan sampingan rawatan ini termasuk, keletihan dan kemerahan pada kawasan yang dirawat. Sekiranya anda mendapat radiasi ke leher atau tekak, anda mungkin mengalami sakit tekak, batuk, sesak nafas.
  • Prosedur ini menggunakan ubat untuk menghentikan sel-sel barah daripada membesar atau merebak. Beberapa jenis rawatan yang dijalankan iaitu dalam bentuk pil atau memasukkannya melalui intravena atau saluran darah. Kebiasaanya rawatan ini dierikan jika barah ini telah merebak. Kesan sampingan kemoterapi termasuk loya, muntah, keguguran rambut, kehilangan selera makan, dan risiko jangkitan yang lebih tinggi.
  • Ini adalah rawatan yang digunakan untuk merawat tumor karsinoid yang telah merebak ke hati. Ubat kemoterapi diberikan terus kepada organ hati melalui tiub yang atau di panggil kateter yang dimasukkan doktor ke dalam arteri/ salur darah beroksigen. Fungsi ubat kemoterapi ini untuk menghentikan aliran darah ke tumor.
  • Terapi hormon. Ia menghentikan tumor daripada menghasilkan hormon tambahan. Ubat octreotide dan lanreotide merawat tumor karsinoid di saluran pencernaan/ GI. .
  • Membantu sistem pertahanan badan bagi melawan barah dengan lebih baik. Contoh ubat yang diberikan seperti alpha-interferon.
  • Ini adalah rawatan untuk barah hati. Sedikit bahan radioaktif disuntik ke dalam salur darah terus ke organ hati. Bahan/ ubatan tersebut akan mengikat di bahagian tumor dan mengeluarkan radiasi selama beberapa hari, dan akan membunuh sel barah.
  • Terapi sasaran (targeted therapy). Ia menggunakan ubat-ubatan yang menyasarkan pada gen, protein, atau bahan lain yang unik untuk membantu pertumbuhan barah. Ada beberapa jenis ubat yang menghentikan pertumbuhan salur darah baru yang membantu tumor karsinoid untuk hidup.

Berbincang bersama doktor mengenai plan rawatan yang terbaik untuk anda. Dan jangan mengabaikan keperluan emosi anda semasa menerima rawatan. Dapatkan sokongan daripada ahli keluarga atau rakan rapat untuk mendapatkan sokongan sepanjang tempoh anda melalui rawatan dsn pemulihan barah. Anda boleh menyertai kumpulan sokongan berhampiran di mana anda boleh bercakap dengan bersama orang yang telah menjalani rawatan dan pemulihan.

Kemaskini:: 15/11/2021 []

PERKONGSIAN MEDIA

UNIT SUMBER PENDIDIKAN KANSER DAN KLINIKAL (CCARE)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 9754
-
SXEdAA3~