Peringkat Kanser Kolorektum | UNIT SUMBER PENDIDIKAN KANSER DAN KLINIKAL (CCARE)
» Peringkat Kanser Kolorektum

Peringkat Kanser Kolorektum


Mengetahui peringkat (tahap) kanser dapat membantu doktor untuk merancang rawatan. Peringkat-peringkat berikut digunakan untuk kanser kolorektum.
 
Peringkat 0  
Kanser peringkat awal. Kanser masih terhad kepada lapisan paling dalam pada usus. Peringkat ini juga dikenali sebagai carcinoma in situ atau intramucosal carcinoma .   

Peringkat 1 
Kanser telah menembusi lapisan paling dalam pada usus tetapi belum sampai ke lapisan dinding luar.

Peringkat 2
Kanser telah merebak ke dinding luar kolon atau rektum, tetapi tidak melibatkan kelenjar limfa.
(Kelenjar limfa ialah struktur kecil seperti kacang yang merupakan sebahagian daripada sistem
pertahanan tubuh) atau bahagian tubuh yang lain.

Peringkat 3 
Kanser sudah merebak ke kelenjar limfa berdekatan tetapi belum merebak ke bahagian tubuh yang lain.
 
Peringkat 4 
Kanser telah merebak ke bahagian-bahagian tubuh yang lain seperti hati, paru-paru atau tulang.
Peringkat ini tidak bergantung kepada betapa dalamnya kanser menembusi dinding usus dan sama ada kanser telah merebak ke kelenjar limfa.


  Tahap : Diubah suai daripada Institut Kanser Kebangsaan

Kemaskini:: 13/03/2019 []

PERKONGSIAN MEDIA

UNIT SUMBER PENDIDIKAN KANSER DAN KLINIKAL (CCARE)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 9754
-
X, (02:27:05pm-02:32:05pm, 17 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]