Pengurusan Tumor Karsinoid | UNIT SUMBER PENDIDIKAN KANSER DAN KLINIKAL (CCARE)
» Pengurusan Tumor Karsinoid

Pengurusan Tumor Karsinoid

Di samping mengikuti semua nasihat doktor, mengambil ubat dengan teratur dan mengikuti semua janji temu, anda  mampu menguruskan tumor karsinoid dengan mempelajari seberapa banyak yang anda boleh tentang penyakit itu dan mengambil peranan aktif dalam rawatan anda.

Berikut adalah beberapa cadangan pengurusan lain:

  • Pastikan anda mengambil diet berkhasiat dan tinggi protein.
  • Elakkan alkohol dan makanan yang menyebabkan gejala karsinoid.
  • Elakkan tekanan/ stres.
  • Dapatkan penjelasan daripada doktor anda mengenai ubat-ubatan yang diambil. Beberapa jenis ubat seperti dekongestan, penyedut asma, dan antidepresan, boleh menyebabkan gejala karsinoid bertambah buruk.
  • Sertai Kumpulan sokongan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai tumor karsinoid dan berkongsi perasaan anda dengan orang lain.
  • Mencuba aktiviti seperti yoga atau tai chi untuk membantu mengurangkan kegelisahan dan tekanan.
  • Belajar kaedah mengurus tekanan emosi: meditasi, terapi muzik, dan aktiviti riadah.
  • Sebelum temu janji, tuliskan soalan dan bawakan bersama anda. Untuk sokongan semasa janji temu, bawa ahli keluarga atau rakan rapat anda.

Kemaskini:: 15/11/2021 []

PERKONGSIAN MEDIA

UNIT SUMBER PENDIDIKAN KANSER DAN KLINIKAL (CCARE)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 9754
-
SXEcWAI~