Pengenalan
- Limfoma adalah sejenis kanser yang melibatkan sel-sel tisu limfa. Ini termasuk timus, tonsil, adenoids, limpa dan sumsum tulang.
- Limfoma boleh dibahagikan kepada 2 kategori yang luas bergantung kepada kemunculan sel-sel tersebut.
- Ia boleh jadi Limfoma Hodgkin atau penyakit Hodgkin (HL) dan Limfoma bukan Hodgkin (NHL).
- Limfoma boleh merebak dari satu bahagian ke bahagian yang lain dalam tubuh.
- Penyebab limfoma tidak diketahui.
- Kanak-kanak mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidap Limfoma bukan Hodgkin jika mereka kurang keimunan (diwarisi atau diperolehi) seperti jangkitan Human Immunodeficiency Virus (HIV). Mereka juga berisiko jika mereka pernah menjalani rawatan radioterapi dan kemoterapi sebelum ini atau pernah menjalani pemindahan organ dan mengambil ubat untuk menyekat sistem imunisasi mereka.
Diagnosis Limfoma
- Gejala termasuk pembengkakan nodus limfa secara progresif tanpa rasa sakit, demam yang tidak diketahui puncanya, berpeluh pada waktu malam, hilang selera makan dan berat badan.
- Pemeriksaan fizikal – Tujuan pemeriksaan ini adalah untuk mengesan pembengkakkan nodus limfa, hati atau limfa serta tanda-tanda jangkitan setempat.
- Sejarah perubatan – Sebagai tambahan, doktor akan bertanya tentang sejarah kesihatan kanak-kanak, sejarah kesihatan ibu bapa dan isu-isu lain.
- Jika nodus limfa yang membengkak dapat dikesan, doktor akan membuat pemerhatian pada nodus ini secara teliti untuk melihat sama ada ia terus membengkak.
- Doktor mungkin mencadangkan antibiotik jika mempercayai kelenjar tersebut dijangkiti bakteria.
- Jika nodus masih berterusan membengkak, biopsi nodus limfa akan dilakukan untuk mengesahkan nodus tersebut telah dijangkiti limfoma dan juga menentukan jenisnya.
- Dalam prosedur ini, sampel tisu diambil sama ada menggunakan jarum berongga yang halus atau melalui tatacara pembedahan kecil.
- Tisu ini akan dihantar ke makmal untuk menentukan jenis limfoma yang khusus.
- Biopsi juga akan diperlukan untuk limfoma yang berlaku di dalam dada, abdomen atau sum sum tulang.
Ujian berikut juga dilakukan untuk mengenal pasti bahagian lain yang dijangkiti limfoma:
- Ujian darah – termasuk kiraan lengkap darah (complete blood count - CBC)
- Kimia darah (blood chemistry) – termasuklah ujian fungsi hati dan buah pinggang
- Aspirasi/biopsi sumsum tulang
- Spina lumbar (Lumber Spinal) – untuk memeriksa sama ada kanser sudah merebak ke sistem saraf pusat (otak dan korda spina (saraf tunjang))
- Ultrabunyi
- Tomografi berkomputer (Computed tomography - CT)
- Pengimejan resonans magnetik (Magnetic resonance imaging - MRI)
- Imbasan tulang atau imbasan gallium ( Bone scan or gallium scan)
- Tomografi emisi positron (Positron emission tomography - PET) – ini melibatkan penggunaan bahan radioaktif yang disuntik ke dalam saluran darah untuk mencari kehadiran tumor di seluruh badan.
Ujian ini akan menentukan tahap perebakan limfoma dan kekuatan rawatan yang diperlukan.
Rawatan Limfoma
- Kemoterapi adalah jenis rawatan utama untuk semua jenis limfoma.
- Radioterapi mungkin juga digunakan dalam kes-kes yang terpilih.
Kemaskini:: [amir_peli]
Kemaskini:: 18/12/2013 [ctfarhanah]
PERKONGSIAN MEDIA