Kehidupan Selepas Kanser | UNIT SUMBER PENDIDIKAN KANSER DAN KLINIKAL (CCARE)
» Kehidupan Selepas Kanser

Kehidupan Selepas Kanser

Rawatan boleh menyembuhkan masalah kanser perut namun, perkara yang sering menjadi ketakutan adalah jika kanser tersebut timbul kembali.

Jadi, beberapa aspek perlu diberi penekanan berkaitan dengan hidup selepas didiagnosis dengan kanser perut.

Antaranya:

  1. Janji temu selepas rawatan kanser penting bagi memastikan masalah kanser anda tidak melarat atau timbul kembali jika sudah sembuh sepenuhnya. Pastikan anda hadir dan beritahu jika ada simptom atau masalah yang timbul selepas selesai rawatan.
  2. Tanya kepada doktor anda berkenaan dengan pelan penjagaan bagi pesakit kanser. Perkara ini boleh berkisar tentang gaya hidup, rawatan susulan dan ujian makmal yang anda perlu lakukan kelak.
  3. Makan boleh menjadi sukar selepas anda melakukan pembedahan kanser perut. Ia berikutan organ terlibat merupakan organ penting dalam sistem pencernaan. Aduan yang lazim berkaitan dengan keadaan yang dipanggil sebagai dumping syndrome. Pesakit mengalami masalah loya, perpeluhan dan cirit birit sejurus selepas makan. Ini disebabkan oleh makanan masuk terus ke dalam usus memandangkan organ perut kecil (telah dibedah) atau tiada (telah dibuang).
  4. Pastikan anda menyimpan rekod perubatan dan insurans kesihatan anda.
  5. Jangan ambil suplemen melainkan sudah disahkan oleh doktor. Tiada kajian yang membuktikan suplemen boleh menurunkan risiko kanser perut bagi yang belum mengalaminya. Jika anda ingin mengambil suplemen selepas rawatan kanser, tanya kepada doktor terlebih dahulu.
  6. Jika kanser anda kembali semula, dapatkan rawatan dengan kadar segera.

Kemaskini:: 10/11/2021 []

PERKONGSIAN MEDIA

UNIT SUMBER PENDIDIKAN KANSER DAN KLINIKAL (CCARE)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 9754
-
SXEcXAU~