Kehidupan Selepas Kanser | UNIT SUMBER PENDIDIKAN KANSER DAN KLINIKAL (CCARE)
» Kehidupan Selepas Kanser

Kehidupan Selepas Kanser


SEMASA RAWATAN

Pemakanan

  • Cuba makan protein tumbuhan (cendawan, legum, kekacang) yang lebih mudah dicerna daripada daging.
  • Jika anda makan daging, elakkan daging proses yang mengandungi nitrat.
  • Untuk membantu mengekalkan berat badan, tambahkan susu, keju dan telur dalam diet anda.
  • Minum 8 gelas air setiap hari.
  • Elakkan minum minuman berkafein dan beralkohol.
  • Apabila sembelit menjadi masalah, buat smoothies (minuman manis daripada buah-buahan segar/sayuran) menggunakan yogurt dan strawberi serta beri biru beku.

Kerohanian

Jika anda tergolong dalam kumpulan agama, mintalah kumpulan anda berdoa, menyalurkan tenaga positif, menggalakkan panggilan telefon atau ziarah. Berdoalah sendiri, atau amalkan doa yang ditulis oleh orang lain. Buat catatan dalam jurnal supaya anda dapat melihat perkembangan diri.Ikuti kelas meditasi yang merupakan cara baik untuk berehat, mengurangkan stres, dan supaya anda tidur lebih lena.

Berpengetahuan

Sebaik-baik anda mengetahui bahawa anda ada kanser payudara, mulakan mencari maklumat tentang rawatan. Ketahui diagnosis dan rawatan anda sebanyak mungkin. Tanyakanlah setiap soalan yang timbul dalam fikiran anda, dan catat (atau rakam) jawapannya.

Jagalah Kulit & Rambut Anda

Semasa mandi, gunakan sabun pelembap, dan tekapkan tuala pada tubuh anda dengan lembut (jangan gosok). Sapukan pelembap pada tubuh anda, terutamanya pada muka sebelum memakai asas mekap.
Gunakan bahan pelindung tambahan daripada sinar matahari.
Jika anda masih berambut, gunakan syampu lembut, dan jika rambut anda tumbuh semula, gunakan syampu yang dirumus untuk rambut rosak.


SELEPAS RAWATAN

Penjagaan Susulan

Pemeriksaan susulan secara tetap amat penting selepas rawatan kanser untuk mengesan sama ada kanser tersebut terjadi semula. Tapak yang paling kerap mengalami kanser berulang disebabkan penyebaran penyakit tersebut dari tapak asal dalam payudara ialah tulang, paru-paru dan hati.

  • Mamogram payudara yang sebelah lagi hendaklah dibuat setiap tahun atau dua tahun sekali.
  • Jangan lupa lakukan pemeriksaan sendiri payudara.
  • Tatacara pengimejan (cara-cara menghasilkan gambar bahagian-bahagian dalam tubuh)
  • Endoskopi (penggunaan tiub bercahaya yang halus untuk memeriksa organ dalam tubuh)
  • Ujian Darah


Tubuh Anda


a) Bengkak atau Limfadema

Ini dapat dicegah dengan langkah-langkah mudah termasuklah:

  • Elakkan terlalu banyak menggunakan lengan
  • Elakkan pengaliran limfa yang lambat, misalnya memakai baju ketat
  • Elakkan sebarang tatacara perubatan, misalnya pengambilan darah
  • Elakkan jangkitan pada lengan
  • Galakkan penyaliran limfa dengan bersenam setiap hari atau dengan memakai stokin kompresi.

Pesakit hendaklah berbincang dengan doktornya secara terperinci tentang cara-cara untuk mengelakkan bengkak pada lengan, dan dapatkan bantuan daripada doktor dengan cepat sekiranya pesakit mengalami sebarang bengkak pada lengan.

b) Gejala Menopaus

Yang berikut ialah panduan yang dapat membantu pesakit menangani gejala menopaus:

  • Berhenti merokok
  • Senaman - kedua-dua jenis, angkat berat dan kuatkan otot
  • Makan secara bijak (diet seimbang)
  • Cuba kekalkan berat badan yang sihat melalui senaman dan diet
  • Minum banyak air

c) Hilang Selera Makan

Panduan untuk membantu menambahkan selera makan:

  • Mulakan dengan hidangan kecil. 5 hidangan kecil sehari mungkin lebih mudah dimakan daripada 3 hidangan besar. Cuba hidangan sarapan yang lebih kecil daripada biasa, kemudian makan snek yang berkhasiat pada waktu pertengahan pagi.
  • Tumpu pada makanan kegemaran.
  • Jadikan waktu makan waktu yang istimewa. Jika anda minum minuman pelengkap yang berkhasiat, hidangkannya dalam kole sejuk. Tambahkan sedikit perisa supaya rasanya lebih sedap.
  • Usahakan supaya makanan anda nampak menarik. Pilih makanan yang berbeza warna, atau hidangkan makanan dalam pinggan yang cantik.

Senaman

Kajian baru-baru ini menunjukkan bahawa wanita dengan kanser payudara yang bersenam semasa rawatan berasa mereka lebih bertenaga dan tidak bertambah berat badan sebanyak yang dialami oleh pesakit yang tidak bersenam. Berenang, bergerak dan menari serta program-program lain boleh memberikan rangsangan fizikal dan emosi.
Senaman untuk penghidap kanser payudara biasanya termasuk:

  • Terapi fizikal untuk meningkatkan kekuatan dan julat pergerakan lengan
  • Senaman aerobik yang sederhana (seperti berjalan) selama kira-kira 30 minit, tiga kali atau lebih setiap minggu.

Minta doktor anda berikan rujukan kepada pakar fisiologi senaman atau program senaman bagi penghidap kanser.

Sokongan Sosial

a) Keluarga

  • Berbual dengan orang lain tentang apa yang anda mampu buat semasa dalam proses sembuh, dan apa yang tidak sepatutnya diharapkan daripada anda. Misalnya, jangan berasa anda perlu menjaga rumah atau laman dengan sempurna kerana dahulu anda mampu melakukannya.
  • Beri diri anda masa. Anda dan keluarga anda dapat menyesuaikan diri dengan perubahan yang disebabkan oleh kanser. Hanya dengan bersikap terbuka antara satu sama lain dapat membantu memastikan keperluan setiap orang dipenuhi.
  • Bantu anak-anak dalam keluarga anda memahami bahawa anda telah dirawat untuk penyakit kanser, dan anda mungkin memerlukan masa untuk mendapatkan kembali tenaga anda seperti sebelumnya.


b) Di tempat kerja anda

  • Mulakan dengan bercakap secara tidak formal dengan penyelia, pegawai perjawatan, dan kaunselor.
  • Mohon perubahan yang dapat memudahkan anda supaya dapat terus bekerja (misalnya waktu anjal, bekerja dari rumah, peralatan khas di tempat kerja).
  • Minta doktor atau jururawat anda mencarikan masa untuk lawatan susulan anda yang tidak bercanggah dengan tanggungjawab anda yang lain.
  • Minta doktor anda menulis surat kepada majikan atau pegawai perjawatan anda untuk menjelaskan bagaimana kanser anda boleh menjejaskan kerja atau jadual kerja anda.

c) Kawan

  • Teruskan berhubung semasa sedang pulih. Kawan-kawan akan risau tentang anda. Jika mereka tahu tentang rawatan atau perkembangan anda, mereka tidak akan terlalu bimbang atau takut.
  • Berbual dengan mereka di telefon, hantar e-mel, atau minta kawan atau ahli keluarga yang boleh dipercayai untuk melakukannya bagi pihak anda.
  • Apabila anda mampu, makan tengah hari dengan kawan-kawan atau hadiri parti mereka.

d) Kumpulan Sokongan

Kumpulan Sokongan dapat:

  • Memberi anda peluang untuk meluahkan perasaan anda, atau untuk menangani perasaan anda.
  • Membantu anda menangani masalah praktikal, misalnya masalah di tempat kerja atau di sekolah.
  • Membantu anda menangani kesan sampingan rawatan.

Sebelum menyertai sesebuah kumpulan, di sini terdapat beberapa soalan yang anda mungkin mahu tanya kepada diri anda sendiri:

  • Adakah saya selesa bercakap tentang hal peribadi?
  • Adakah saya mempunyai sesuatu yang boleh disumbangkan kepada kumpulan?
  • Apakah yang saya dapat dengan menyertai sesebuah kumpulan sokongan?


Kerohanian


Mencari makna kehidupan selepas kanser:

  • Bercakaplah dengan ketua dalam hal agama atau kerohanian dalam komuniti anda.
  • Rakam dalam jurnal. Tuliskan segala yang anda fikirkan tentang apa yang memberikan makna dalam kehidupan anda sekarang.
  • Pertimbangkan untuk membantu orang lain yang menghidap kanser.
  • Berikan pandangan baru tentang perkara lama.
  • Pertimbangkan untuk turut serta dalam kajian penyelidikan.



 

Kemaskini:: [amir_peli] Kemaskini:: 13/03/2019 []

PERKONGSIAN MEDIA

UNIT SUMBER PENDIDIKAN KANSER DAN KLINIKAL (CCARE)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 9754
-
X, (09:14:12am-09:19:12am, 14 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]