Jenis Limfoma | UNIT SUMBER PENDIDIKAN KANSER DAN KLINIKAL (CCARE)
» Jenis Limfoma

Jenis Limfoma


  • Banyak jenis limfoma yang berlainan wujud tetapi secara umumnya dibahagikan kepada 2 kumpulan utama, bergantung pada gambaran (morfologi) sel kansernya (malignan).
  • Limfoma tersebut diketahui sebagai:

 

    • Limfoma Hodgkin (HL) (juga dinamai penyakit Hodgkin)
      1. Diberi nama sempena Thomas Hodgkin, seorang sarjana dan ahli perubatan berbangsa Inggeris yang pertama kali menerangkannya pada tahun 1832.
      2. Bentuk ini lebih lazim ditemui pada kanak-kanak yang lebih tua atau remaja berbanding kanak-kanak yang umurnya kurang daripada 5 tahun.
      3. Limfoma jenis ini ditakrifkan dengan kewujudan sel malignan khusus, yang dinamai sel Reed-Sternberg, di dalam nodus limfa atau organ yang terlibat.
    • Limfoma bukan Hodgkin (NHL)
      1. Nama ini digunakan untuk semua bentuk limfoma yang lain.
      2. Limfoma bukan Hodgkin ditemui pada semua kumpulan umur tetapi lebih lazim ditemui pada orang yang lebih berusia, melebihi 50 tahun
      3. Pada limfoma bukan Hodgkin, wujud pertumbuhan limfosit jenis khusus secara malignan (sejenis sel darah putih yang ditemui di dalam nodus limfa).
      4. Pertumbuhan limfosit secara malignan juga ditemui dalam salah satu bentuk leukemia (leukemia limfoblas akut, atau ALL), yang kadangkala menjadikannya sukar untuk dibezakan antara limfoma dan leukemia.
      5. Secara am, individu yang mengalami limfoma menunjukkan penglibatan tulang sumsum yang pelbagai, berjulat daripada tiada pelibatan sama sekali atau hanya penglibatan minimum sehingga penglibatan yang meluas, manakala individu yang menghidap leukemia mengalami penglibatan tulang sumsum secara meluas dari mula lagi.
  • Kedua-dua jenis limfoma terbentuk daripada sistem limfa. Tetapi kesannya ke atas tubuh adalah berbeza, merebak secara berbeza dan bergerak balas terhadap rawatan secara berlainan.
  • Limfoma Hodgkin dan bukan Hodgkin seterusnya dibahagikan kepada subjenis berdasarkan jenis khusus sel yang terlibat, aras kematangan yang dicapai oleh sel-sel tersebut, rupanya di bawah mikroskop, atau cara sel tersebut tumbuh.
  • Subjenis ini membantu para doktor memilih rawatan yang paling berkemungkinan berkesan.

 

Kemaskini:: 04/04/2019 []

PERKONGSIAN MEDIA

UNIT SUMBER PENDIDIKAN KANSER DAN KLINIKAL (CCARE)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 9754
-
W, (07:12:22am-07:17:22am, 15 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]