Jenis Kesakitan | UNIT SUMBER PENDIDIKAN KANSER DAN KLINIKAL (CCARE)
» Jenis Kesakitan

Jenis Kesakitan


Kesakitan  boleh dikategorikan kepada 2 jenis iaitu:

  • Sakit akut
    • Sakit akut adalah sakit yang dihidapi dalam masa yang singkat dan akan sembuh sepenuhnya dalam jangkamasa tertentu apabila sistem badan pulih seperti biasa. Ianya merupakan simptom yang memberitahu kepada kita sesuatu yang tidak kena pada sistem badan dan kita perlu mengetahui puncanya dan seterusnya mendapatkan rawatan secepat mungkin. Contohnya: patah tulang, melecur, luka, jangkitan dan sakit selepas rawatan, pembedahan  atau prosedur tertentu.

  • Sakit  kronik
    • Kesakitan yang berterusan, berlarutan dan berpanjangan lebih dari tempoh masa yang dijangkakan. Ini bermakna sakit masih dirasakan walaupun sistem badan sudah sembuh sepenuhnya. Seseorang dikategorikan sebagai pengidap sakit kronik apabila sakit yang dialaminya berterusan melebihi 6 bulan, selepas jangka waktu ini sekiranya sakit masih ada, maka ianya sukar untuk dihilangkan sepenuh. Sakit kronik boleh terjadi sekiranya sakit akut tidak diberi rawatan yang secukupnya.




Kemaskini:: 08/04/2019 []

PERKONGSIAN MEDIA

UNIT SUMBER PENDIDIKAN KANSER DAN KLINIKAL (CCARE)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 9754
-
F, (01:28:21pm-01:33:21pm, 12 Apr 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]