Jenis-Jenis Tumor Karsinoid | UNIT SUMBER PENDIDIKAN KANSER DAN KLINIKAL (CCARE)
» Jenis-Jenis Tumor Karsinoid

Jenis-Jenis Tumor Karsinoid

 

Berikut adalah organ yang terlibat biasanya tumor karsinoid ditemui:

  • Usus kecil
  • Appendiks
  • Rektum
  • Paru-paru
  • Kolon/ usus besar
  • Perut
  • Pankreas
  • Hati

Tumor karsinoid mempunyai ciri-ciri berbeza bergantung kepada tahap tumbesaran tumor, jika tumor merebak ke organ lain, dan jika terlalu banyak penghasilan hormon.

 

JENIS – JENIS TUMOR KARSINOID TERMASUK:

  • Tumor yang tumbuh perlahan. Tumor ini adalah jenis yang paling biasa. Biasanya kecil, saiz kurang dari satu inci. Tumor tidak tumbuh dengan cepat atau merebak ke organ yang lain.
  • Tumor yang tumbuh lebih cepat. Tumor ini mungkin tumbuh lebih cepat, tumbuh lebih besar, dan merebak kepada organ lain.
  • Tumor yang mengeluarkan hormon. Tumor karsinoid jenis ini menghasilkan hormon termasuk serotonin. Kesan serotonin dan hormon lain menyebabkan simptom yang dikenali sebagai sindrom karsinoid.

Kemaskini:: 15/11/2021 []

PERKONGSIAN MEDIA

UNIT SUMBER PENDIDIKAN KANSER DAN KLINIKAL (CCARE)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 9754
-
SXEcUAg~