Faktor Risiko Limfoma | UNIT SUMBER PENDIDIKAN KANSER DAN KLINIKAL (CCARE)
» Faktor Risiko Limfoma

Faktor Risiko Limfoma


  • Faktor risiko ialah apa-apa sahaja yang meningkatkan peluang seseorang mendapat kanser.
  • Walaupun faktor risiko boleh mempengaruhi perkembangan kanser, kebanyakannya tidak menyebabkan kanser secara langsung.
  • Penyebab sebenar tidak diketahui, tetapi faktor berikut mungkin meningkatkan risiko seseorang itu mendapat limfoma:
    1. Umur. Limfoma boleh berlaku pada semua peringkat umur tetapi limfoma bukan Hodgkin lebih lazim ditemukan pada populasi yang lebih berusia (melebihi 50 tahun). Limfoma Hodgkin paling lazim ditemukan pada orang yang berumur antara 15 sehingga 30 tahun.
    2. Jantina. Secara menyeluruh lelaki lebih berkemungkinan mengalami limfoma daripada perempuan, walaupun begitu subjenis sklerosis bernodul limfoma Hodgkin lebih lazim ditemukan pada perempuan.
    3. Sejarah keluarga. Adik-beradik lelaki dan perempuan individu yang mengalami limfoma Hodgkin menunjukkan peluang yang lebih tinggi untuk mendapat penyakit ini (walaupun begitu kemungkinannya masih kecil).
    4. Pendedahan kepada virus. Individu yang dijangkiti virus tertentu mungkin mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat sesetengah jenis limfoma.
    5. Fungsi imun yang tertekan. Individu yang mempunyai fungsi imun yang tertekan seperti individu yang mengalami infeksi HIV mempunyai risiko yang meningkat untuk mengalami limfoma.

Sumber: http://www.nlm.nih.gov/medlineplus/ency/imagepages

 

Kemaskini:: [amir_peli] Kemaskini:: 04/04/2019 []

PERKONGSIAN MEDIA

UNIT SUMBER PENDIDIKAN KANSER DAN KLINIKAL (CCARE)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 9754
-
W, (11:24:23pm-11:29:23pm, 19 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]