Faktor Risiko Kanser Prostat | UNIT SUMBER PENDIDIKAN KANSER DAN KLINIKAL (CCARE)
» Faktor Risiko Kanser Prostat

Faktor Risiko Kanser Prostat


1. Umur

  • Umur adalah risiko yang paling berpengaruh untuk seseorang mengalami kanser. Kejadian kanser prostat meningkat dengan pantas apabila umur melebihi 50 tahun.

2. Sejarah keluarga

  • Lelaki yang bapa atau abangnya telah mengalami kanser prostat berisiko lebih tinggi untuk mengalami kanser tersebut berbanding dengan lelaki yang tidak mempunyai sejarah keluarga seperti itu.

3. Diet

  • Lelaki yang mengambil diet yang kaya dengan lemak tepu haiwan dan kurang sayur serta buah mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalami kanser prostat.

 

Kemaskini:: 04/04/2019 []

PERKONGSIAN MEDIA

UNIT SUMBER PENDIDIKAN KANSER DAN KLINIKAL (CCARE)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 9754
-
SXESOAV~