Faktor Risiko Kanser Perut | UNIT SUMBER PENDIDIKAN KANSER DAN KLINIKAL (CCARE)
» Faktor Risiko Kanser Perut

Faktor Risiko Kanser Perut

Risiko untuk seseorang itu menghidap kanser perut adalah seperti:

  1. Jantina
    Lelaki lebih berisiko untuk mendapat kanser perut sebanyak 2 kali ganda daripada wanita.

  2. Usia
    Kebanyakan kanser perut berlaku pada golongan tua di mana terdapat peningkatan insiden yang mendadak selepas usia 60 tahun.

  3. Kaum
    Berdasarkan statistik daripada Institut Kanser Negara pada tahun 2006, kebanyakan pesakit kanser perut  adalah di kalangan kaum Cina sebanyak 61.7%, diikuti Melayu sebanyak 25.9% dan kaum India sebanyak 12.4%.

  4. Jangkitan Helicobacter pylori
    Jangkitan oleh Helicobacter pylori pada dinding perut kerap ditemui di kalangan mereka yang menghidap kanser perut akan tetapi tidak semestinya mereka yang mempunyai jangkitan ini akan menghidap kanser perut.

  5. Rokok
    Tabiat menghisap rokok boleh menyebabkan seseorang itu lebih terdedah kepada risiko untuk mendapat  kanser perut sebanyak 2 kali ganda.

  6. Diet
    Risiko untuk menghidap kanser perut didapati lebih tinggi di kalangan mereka yang kerap mengambil makanan yang disalai, digaramkan dan dijeruk. Tabiat mengambil makanan segar serta sayur-sayuran dan buah-buahan pula dapat menurunkan risiko bagi mendapat kanser perut.

  7. Faktor keluarga
    Mereka yang mempunyai keluarga yang menghidap kanser perut mempunyai risiko yang lebih tinggi terutamanya dikalangan keluarga terdekat seperti ibu, ayah dan adik beradik.

Kemaskini:: 05/11/2021 []

PERKONGSIAN MEDIA

UNIT SUMBER PENDIDIKAN KANSER DAN KLINIKAL (CCARE)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 9754
-
SXEcLAy~