Diagnosis | UNIT SUMBER PENDIDIKAN KANSER DAN KLINIKAL (CCARE)
» Diagnosis

Diagnosis

Sukar untuk mendiagnosis tumor karsinoid kecil yang tidak menyebabkan gejala sindrom karsinoid. Tumor ini biasanya dijumpai semasa melakukan pembedahan atau dalam ujian untuk penyakit lain. Sebagai contoh, beberapa tumor karsinoid dijumpai semasa pembedahan membuang radang appendiks.

Ujian penyiasatan yang digunakan untuk mendiagnosis tumor karsinoid:

  • OctreoScan. Sejenis imbasan khas yang sering digunakan untuk mencari tumor karsinoid. Imbasan ini dilakukan selepas suntikan bahan radioaktif yang diaktifkan oleh sel tumor karsinoid.

  • Biopsi. Prosedupembedahan untuk menguji sampel tisu dari tumor karsinoid dan melihatnya di bawah mikroskop penting untuk diagnosis. Kadangkala dilakukan dengan menggunakan prosedur fleksibel endoskopi bagi melihat ke dalam badan. Prosedur endoskopi bahagian atas abdomen. Tiub nipis dan fleksibel yang disebut endoskopi dapat membantu doktor anda melihat tumor di esofagus, perut, dan usus kecil. Doktor memasukkan tiub endoskopi ke mulut anda untuk melihat saluran gastrointestinal. Sekiranya terdapat ketumbuhan, doktor boleh mengambil sampel tisu untuk biopsi.

  • Ujian air kencing. Sekiranya anda mempunyai tumor karsinoid yang menghasilkan terlalu banyak hormon, ia mungkin ada sejenis asid dalam air kencing iaitu 5-HIAA (5-hydroxy indole acetic acid). Ini adalah produk sisa serotonin.
  • Ujian darah. Ujian darah dapat menunjukkan kadar peningkatan hormon serotonin atau tahap kromogranin A (CgA) yang tinggi. Bahan ini terhasil di kebanyakan tumor karsinoid.
  • Doktor akan memasukkan tiub nipis dan ringan melalui dubur atau anus untuk melihat rektum dan usus besar. Biopsi atau pengambilan kepingan tisu untuk memeriksa barah di bawah mikroskop. Sama seperti prosedur endoskopi, anda akan mendapat ubat untuk memastikan anda tidak sakit.
  • Endoskopi kapsul. Untuk ujian ini, anda perlu menelan kapsul yang mempunyai kamera kecil di dalamnya. Ini membolehkan doktor anda melihat semua imej usus kecil, di mana tumor karsinoid bermula.

  • CT, atau tomografi. Sinaran X-ray yang kuat ini menghasilkan imej terperinci di dalam badan. Dapat mengukur saiz tumor. Juga dapat melihat sama ada telah merebak ke hati atau kelenjar nodus limfa, merupakan kelenjar kecil sebahagian daripada sistem imun, pertahanan tubuh terhadap kuman. Mungkin diberikan pewarna khas atau ‘dye’ untuk diminum, atau melalui saluran darah, untuk membantu menunjukkan imej tumor yang lebih jelas.

  • MRI, atau pencitraan resonans magnetik. Ia menggunakan magnet dan gelombang radio yang kuat untuk menhasilkan imej organ dan struktur di dalam badan. MRI dapat mengukur saiz tumor. Sama seperti imbasan CT, anda mungkin perlu diberikan pewarna atau ‘dye’ khas untuk menghasilkan imej yang lebih jelas.

  • X-ray. Menggunakan radiasi dalam dos yang rendah dan doktor boleh melihat struktur di dalam badan anda. Ia boleh menunjukkan tumor dibahagian paru-paru. Sebelum ujian ini, anda mungkin perlu menelan cecair yang mengandungi bahan kimia yang disebut barium yang menjadikan tumor lebih senang dilihat oleh doktor.
  • Pengimbasan radionuklida. Sebelum ujian ini, anda akan diberikan sebilangan kecil bahan radioaktif melalui saluran darah. Bahan ini tertarik kepada tumor karsinoid. Ujian ini dapat menunjukkan bahagian tumor merebak.

Kemaskini:: 15/11/2021 []

PERKONGSIAN MEDIA

UNIT SUMBER PENDIDIKAN KANSER DAN KLINIKAL (CCARE)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 9754
-
SXEcFA2~