Diagnosa Leukemia | UNIT SUMBER PENDIDIKAN KANSER DAN KLINIKAL (CCARE)
» Diagnosa Leukemia

Diagnosa Leukemia

Pemeriksaan fizikal dan sejarah latar belakang yang menyeluruh. Doktor akan memeriksa kanak-kanak untuk menilai tahap kesihatannya dan mengesan tanda-tanda penyakit, seperti pucat, pendarahan, pembengkakan hati dan limfa dan nodus limfa. Sejarah penyakit dan rawatan yang lalu juga diambil kira. Jika Leukemia disyaki, doktor akan menjalankan ujian Full Blood Count (CBC) bagi mengira jumlah sel darah putih, hemoglobin, hematokrit, dan jumlah platelet dari sampel darah.

 

Smear darah akan dilakukan ke atas sampel yang sama untuk mengesan sel darah putih yang tidak normal atau ‘blast’.

 

Jika keputusan darah menunjukkan Leukemia, pemeriksaan melalui pengambilan sampel sum-sum tulang dan biopsi akan dilakukan untuk mengesahkan penyakit dan jenis Leukemia. Ini dilakukan dengan cara menyuntik jarum ke dalam tulang punggung leper untuk mendapatkan sampel darah dari sum-sum tulang dan cebisan tulang. Pakar hematologi akan menguji sampel darah dari sum-sum tulang untuk melihat kehadiran sel Leukemia. Ujian ini sangat penting untuk mengesahkan sama ada penyakit itu Leukemia.

Prosedur ini merupakan prosedur yang selamat dan hanya memerlukan bius setempat.

Ujian tambahan kemudian dijalankan ke atas sampel ini untuk menentukan jenis dan  subjenis Leukemia. Analisis Citogenetik juga dilakukan untuk mengesani apa-apa kromosom yang tidak normal dalam sel-sel leukemia. Ujian-ujian ini akan membantu doktor dalam merancang rawatan untuk kanak-kanak tersebut.

Kemaskini:: 13/09/2021 []

PERKONGSIAN MEDIA

UNIT SUMBER PENDIDIKAN KANSER DAN KLINIKAL (CCARE)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 9754
-
X, (12:07:40am-12:12:40am, 18 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]