Cabaran Lensa Kanser Merdeka #CaREprihatin | UNIT SUMBER PENDIDIKAN KANSER DAN KLINIKAL (CCARE)
» Cabaran Lensa Kanser Merdeka #CaREprihatin

Cabaran Lensa Kanser Merdeka #CaREprihatin

Merupakan salah satu inisiatif Pusat Sumber dan Pendidikan Kanser (CaRE), UPM sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan 2021. CaRE menggalakkan anda untuk meluahkan inspirasi melalui foto dan kapsyen berdasarkan tema Kanser Merdeka. Objektif pertandingan diadakan adalah untuk:

  • Menyemarakkan semangat kemerdekaan sempena Bulan Kebangsaan.
  • Berkongsi kata-kata dan gambar inspirasi kepada masyarakat khususnya pesakit/survivor/penjaga pesakit kanser.

 

SYARAT PERTANDINGAN:

  1. Tema pertandingan perlu mengandungi dua elemen iaitu Kanser dan Merdeka.

  2. Gambar dan kapsyen mestilah karya asli peserta dan tidak pernah digunakan di mana-mana pertandingan yang lain. Peserta bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keaslian, hakcipta, tuntutan atau kepentingan terhadap gambar dan kapsyen.

  3. Penyertaan dibuka kepada kepada dua kategori iaitu:
    • Kategori A: Pesakit/survivor/ penjaga pesakit kanser
    • Kategori B: Orang awam

  1. Gambar yang diambil perlu memaparkan gambar bendera Malaysia. Suntingan (editing) pada gambar adalah dibenarkan tanpa mengubah keaslian asal gambar tersebut. Kapsyen mesti dibuat di dalam Bahasa Malaysia.

  2. Penyertaan akan dinilai berdasarkan:
    • Kreativiti dan daya tarikan gambar (30 markah)
    • Gaya penceritaan dan bahasa pada kapsyen (30 markah)
    • Mesej dan idea yang disampaikan (20 markah)
    • Menepati tema (20 markah)

  1. Penganjur berhak membatalkan penyertaan sekiranya ia melanggar syarat dan terma yang ditetapkan. Sekiranya peserta tersebut memenangi pertandingan ini, kemenangan tersebut adalah batal secara automatik dan hadiah hendaklah dikembalikan kepada penganjur.

  2. Gambar dan kapsyen yang menyertai pertandingan ini akan menjadi milik panganjur. Penganjur boleh menggunakannya dalam sebarang bentuk tanpa perlu memohon izin peserta.

  3. Keputusan juri adalah muktamad.

  4. Tarikh tutup penyertaan pada 9 September 2021.

 

KAEDAH PENYERTAAN:

  1. Rakam gambar berkaitan dengan tema pertandingan.

  2. Karang kapsyen ringkas (minima 50 patah perkataan).

  3. Like Facebook CaRE UPM

  4. Muatnaik gambar dan kapsyen ke akaun Facebook peribadi (posting diset sebagai public) mengikut format:
    • Tajuk karya
    • Kategori
    • Tag FB CaRE
    • Masukkan hashtag #kanserprihatin #kansermerdeka #CaREprihatin #patriotisme@putra

 

HADIAH:

Kemaskini:: 28/08/2021 []

PERKONGSIAN MEDIA

UNIT SUMBER PENDIDIKAN KANSER DAN KLINIKAL (CCARE)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 9754
-
SXDdQAr~