Apakah Yang Menyebabkan Wanita Menghidapi Kanser Ovari? | UNIT SUMBER PENDIDIKAN KANSER DAN KLINIKAL (CCARE)
» Apakah yang menyebabkan wanita menghidapi kanser ovari?

Apakah yang menyebabkan wanita menghidapi kanser ovari?

Tidak ada cara untuk mengetahui dengan pasti bila anda akan mendapat kanser ovari.

Kebanyakan wanita mendapat kanser ovari tanpa risiko yang tinggi.

 

Walau bagaimanapun, faktor-faktor berikut boleh meningkatkan risiko wanita untuk kanser ovari:

  • Berada pada pertengahan umur atau lebih tua.
  • Mempunyai ahli keluarga terdekat (seperti ibu, kakak, makcik, atau nenek) sama ada
  • sebelah ibu atau sebelah bapa anda yang menderita kanser ovari.
  • Mempunyai kanser payudara, kanser rahim, atau kanser kolorektal.
  • Tidak pernah melahirkan anak atau mempunyai masalah untuk mengandung.
  • Mempunyai endometriosis (keadaan di mana tisu daripada lapisan dinding rahim tumbuh
  • di tempat lain)

Sekiranya anda mempunyai satu atau lebih faktor ini, itu tidak bermakna anda akan mendapat kanser ovari. Tetapi anda haruslah berbincang dengan doktor, jururawat, atau profesional penjagaan kesihatan anda yang lain mengenai risiko anda.

Kemaskini:: 05/10/2021 []

PERKONGSIAN MEDIA

UNIT SUMBER PENDIDIKAN KANSER DAN KLINIKAL (CCARE)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 9754
-
SXEaRAT~