Apakah Kanser Tiroid? | UNIT SUMBER PENDIDIKAN KANSER DAN KLINIKAL (CCARE)
» Apakah Kanser Tiroid?

Apakah Kanser Tiroid?


  • Kanser tiroid bermula apabila sel kelenjar tiroid menjadi tidak normal, membesar tanpa kawalan, dan membentuk jisim tisu yang dinamai ketumbuhan atau tumor.
  • Ketumbuhan pada tiroid sering dinamai nodul. Walau bagaimanapun, nodul tiroid mungkin benigna (bukan-kanser) atau malignan (kanser). Pelbagai ciri yang berbeza antara nodul benigna dengan nodul malignan dijelaskan di bawah.

1) Nodul benigna:

  • Lazimya tidak mengancam nyawa (bergantung pada tempat dan saiznya, mungkin cukup besar untuk menyebabkan penyempitan laluan udara yang mengakibatkan keadaan yang mengancam nyawa)
  • Tidak menembusi tisu di sekelilingnya
  • Tidak merebak ke bahagian lain dalam tubuh
  • Lazimnya tidak perlu dibuang


2) Nodul malignan:

  • Kadangkala mungkin mengancam nyawa
  • Boleh menembusi tisu dan organ di sekitarnya
  • Boleh merebak ke bahagian lain dalam tubuh
  • Sering dapat dibuang atau dimusnahkan, tetapi kadangkala kanser tersebut muncul semula 

 

 

Kemaskini:: 18/03/2019 []

PERKONGSIAN MEDIA

UNIT SUMBER PENDIDIKAN KANSER DAN KLINIKAL (CCARE)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 9754
-
F, (07:13:42pm-07:18:42pm, 17 Apr 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]