Apakah Kanser Perut? | UNIT SUMBER PENDIDIKAN KANSER DAN KLINIKAL (CCARE)
» Apakah Kanser Perut?

Apakah Kanser Perut?


Kanser perut
berlaku apabila sel-sel di bahagian dinding perut manusia tumbuh secara tidak normal dan tidak terkawal mengakibatkan berlakunya ketumbuhan di bahagian perut. Kanser perut merupakan kanser ke-dua tertinggi penyebab kematian  akibat daripada kanser di seluruh dunia. Di negara kita kanser perut merupakan kanser yang ke-enam paling kerap berlaku pada lelaki dan ke-sepuluh pada wanita.

Kanser perut mempunyai insiden yang tinggi di negara Jepun dan ini adalah disebabkan oleh tabiat pemakanan mereka yang gemar memakan makanan yang dijeruk dan disalai. Telah terdapat  penurunan bilangan angka mereka yang menghidapi penyakit ini sejak 60 tahun yang lalu dan ini adalah disebabkan oleh kaedah penyimpanan makanan yang lebih baik dengan menggunakan peti ais dan kurangnya kebergantungan  kepada makanan yang telah dijeruk dan disalai.

Kebanyakan mereka yang menghidap kanser perut ini adalah terdiri daripada golongan yang berumur lebih daripada 65 tahun ke atas dan lebih kerap terjadi di kalangan lelaki berbanding wanita.

Sekiranya kanser ini dikesan pada peringkat awal, peluang untuk pesakit sembuh sepenuhnya adalah tinggi. Malangnya kebanyakan kanser perut ini gagal untuk dikesan pada peringkat awal kerana gejala-gejala awal kurang dirasai oleh pesakit dan diagnosis kerap dibuat pada peringkat lanjut. Kanser perut menjadi sukar dirawat apabila sel-sel kanser telah merebak ke bahagian badan yang lain.

Kemaskini:: 05/11/2021 []

PERKONGSIAN MEDIA

UNIT SUMBER PENDIDIKAN KANSER DAN KLINIKAL (CCARE)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 9754
-
SXEcTAB~