Kanser adalah penyakit dimana sel-sel dalam badan tumbuh di luar kawalan. Kanser sentiasa
dinamakan atas nama organ yang pertama kali dijangkiti, walaupun ianya akan merebak ke
bahagian organ-organ yang lain di kemudian hari.
Apabila kanser bermula di dalam ovari,ia dipanggil kanser ovari. Wanita mempunyai dua ovari yang terletak dipelvis, satu pada setiap sisi rahim. Ovari membuat hormon wanita untuk menghasilkan ovum. Rawatan perubatan adalah sangat berkesan apabila kanser ovari didiagnosis pada peringkat awal.
Mengikut laporan Malaysia National Cancer Registry Report 2012 hingga 2016 (MNCRR) menunjukkan ramai wanita pada umur awal 30-an dikesan menghidap kanser.
Data sama mendapati wanita mempunyai risiko mendapat kanser dengan nisbah satu dalam sembilan orang manakala lelaki, satu dalam 10 individu
Terdapat lima jenis kanser yang memberi kesan kepada organ-organ reproduktif/ pembiakkan wanita:
Kumpulan kanser tersebut juga dikenali sebagai kanser gynecologic. (Jenis yang ke-enam dalam kumpulan kanser gynecologic yang sangat jarang ditemui adalah kanser saluran falopian)
Lembaran informasi mengenai kanser ovari ini didapati daripada Pusat untuk Penyakit Kawalan dan Pencegahan ini (CDC) tentang “Inside Knowledge”:
Kempen untuk mendapatkan Fakta Mengenai Kanser Gynecologic. Kempen ini bertujuan untuk membantu wanita mendapatkan pengetahuan mengenai kanser gynecologic, menyediakan "pengetahuan dalaman" yang penting tentang badan dan kesihatan mereka.
Terdapat 10,939 kes kanser ginekologi yang majoriti datang mendapatkan rawatan pada peringkat akhir tahap tiga dan empat iaitu 40.3% kanser serviks, 34.1% kanser rahim dan 55.9% kanser ovari. Mengikut peningkatan umur, kadar insiden kanser berada dalam tahap maksimum pada umur 50 an serta terus meningkat pada umur 60 an dan 70an bagi semua jenis kanser ginekologi ini.
Kemaskini:: 05/10/2021 []
Blok Utara, Pusat Pengajaran dan Latihan (Aras 1)
Hospital Sultan Abdul Aziz Shah
Persiaran Mardi - Upm,
43400 Serdang,
Selangor