Apakah Kanser Karsinoid? | UNIT SUMBER PENDIDIKAN KANSER DAN KLINIKAL (CCARE)
» Apakah Kanser Karsinoid?

Apakah Kanser Karsinoid?

TUMOR KARSINOID adalah sejenis tumor yang jarang berlaku dan biasanya membesar dengan perlahan.

Tumor karsinoid adalah barah, tetapi ia sejenis barah yang membesar secara perlahan, jika anda mempunyai tumor karsinoid, anda mungkin telah mengidap selama bertahun-tahun tetapi pernah di ketahui. Sesetengah kes, setelah tumor karsinoid merebak, ia boleh menyebabkan gejala yang disebut sindrom karsinoid, tetapi jarang berlaku.

Kanser karsinoid dan tumor neuroendokrin (NET) adalah tumor kecil membesar secara perlahan dan kebanyakannya terdapat dalam sistem gastrointestinal/ pencernaan, tetapi ia juga boleh berada di bahagian organ yang lain seperti pankreas dan paru-paru. Oleh kerana sebilangan besar tumbuh dengan sangat perlahan, berbanding dengan barah yang lain, biasanya ia akan memakan masa bertahun-tahun sebelum menjadi lebih besar atau menunjukkan gejala/ simptom.

Tumor karsinoid dan NET yang lain biasanya berasal daripada penghasilan sel hormon yang melapisi usus kecil atau sel-sel lain daripada sistem pencernaan. Tumor ini juga boleh berlaku di pankreas, testis, ovari, atau paru-paru. Tumor karsinoid dapat menghasilkan lebih banyak hormon seperti hormon, seperti serotonin, bradykinin, histamin, dan prostaglandin. Lebihan hormon ini kadangkala mengakibatkan pelbagai gejala yang disebut sindrom karsinoid. Tumor NET lain boleh menghasilkan bahan hormon lain yang menyebabkan pelbagai jenis sindrom.

Kemaskini:: 15/11/2021 []

PERKONGSIAN MEDIA

UNIT SUMBER PENDIDIKAN KANSER DAN KLINIKAL (CCARE)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 9754
-
SXEdCAI~