Penjagaan Diri Di Rumah | UNIT SUMBER PENDIDIKAN KANSER DAN KLINIKAL (CCARE)
» Penjagaan Diri Di Rumah

Penjagaan Diri Di Rumah


SEMASA RAWATAN 


Pastikan anda berpengetahuan tentang penyakit anda

  • Dapatkan semua maklumat tentang kanser paru-paru.
  • Lebih banyak maklumat yang anda perolehi, lebih mudah anda dapat menjaga diri anda.
  • Catat soalan anda dan jangan teragak-agak untuk bertanya kepada pasukan penjagaan kesihatan anda


Pemakanan

  • Pemakanan yang baik diperlukan untuk tubuh anda berfungsi dengan baik. Kanser paru-paru dan rawatannya meningkatkan keperluan tenaga dan permintaan nutrisi badan, tetapi juga boleh mengganggu amalan makan anda.
  • Ambil kalori yang mencukupi untuk mengekalkan kekuatan anda.
  • Pilihan yang baik termasuk telur, keju, susu, aiskrim, kekacang, mentega kacang, daging dan ikan. Tingkatkan kalori dengan menggoreng makanan dan menggunakan mayonis dan sos salad.
  • Berhubung dengan doktor atau pakar pemakanan anda untuk mendapatkan nasihat pemakanan mengikut keperluan anda yang berubah-ubah.


Kerohanian

  • Anda boleh menyertai kumpulan agama dan meminta mereka mendoakan anda. Anda juga boleh mengikuti kelas untuk mendapat pengetahuan berkaitan kerohanian.
  • Kakitangan perubatan mungkin menyuruh anda mengenal pasti isu kerohanian tertentu yang perlu diketahui oleh pesakit, bukan sahaja ke arah isu-isu berkaitan tempoh akhir kehidupan tetapi juga untuk tempoh semasa rawatan.



SELEPAS RAWATAN 



Penjagaan susulan

  • Anda mungkin memerlukan penjagaan susulan secara tetap setelah rawatan berakhir. Anda bebas memilih jadual untuk membuat temu janji dengan doktor anda jika mengalami gejala yang merisaukan atau anda risau tentang penjagaan kesihatan.


Mencari sokongan

  • Setelah disahkan menghidap kanser, anda mungkin berasa takut, sedih, marah atau kecewa. Anda boleh mendapatkan sokongan dengan berbincang dengan rakan, keluarga, kaunselor atau berkongsi masalah dengan bekas pesakit kanser.


Senaman

  • Jika berupaya, lakukan senaman yang menjadikan anda berasa segar. Tanya doktor anda tentang jenis senaman yang sesuai untuk anda.


Diet

  • Diet yang seimbang mungkin dapat membantu anda mengatasi kesan sampingan rawatan.
  • Dapatkan resepi yang sihat dan anda boleh belajar bagaimana keperluan pemakanan anda akan berubah sebelum, semasa dan selepas rawatan.


Teknik ketenangan fikiran

  • Kadangkala anda perlu tenangkan diri dan pemikiran anda. Sesetengah pesakit bersetuju bahawa beberapa teknik penenang seperti tai chi, qi gong, yoga atau teknik lain dapat membuat mereka berasa sihat. 

 
Pencegahan

  • Jangan merokok. Jika anda merokok, hentikan.
  • Elakkan terdedah kepada asap rokok sekunder.
  • Makan diet yang banyak buah-buahan dan sayur-sayuran.
  • Gunakan peralatan perlindungan apabila terdedah kepada sebatian yang berbahaya.

 

Kemaskini:: 14/03/2019 []

PERKONGSIAN MEDIA

UNIT SUMBER PENDIDIKAN KANSER DAN KLINIKAL (CCARE)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 9754
-
W, (01:37:28am-01:42:28am, 29 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]