Rawatan Kanser Kepala Dan Leher | UNIT SUMBER PENDIDIKAN KANSER DAN KLINIKAL (CCARE)
» Rawatan Kanser Kepala Dan Leher

Rawatan Kanser Kepala Dan Leher

Rawatan penyakit kanser bergantung pada jenis kanser tersebut dan tahap penyakit yang dialami. Terdapat 4 kemungkinan untuk rawatan kanser iaitu:

  1. Pembedahan
    Pembedahan biasanya mengambil masa yang panjang dan ianya adalah pembedahan yang rumit (major) merangkumi pembuangan ketumbuhan dan kelenjar limfa dileher bagi mengelakkan kanser merebak ke organ lain. Pembedahan rekonstruksi mungkin diperlukan bagi menutup luka akibat pembedahan pembuangan tisu kanser.
  2. Radioterapi
    Rawatan radiotherapi dijalankan di Pusat Rawatan Radiotherapi. Pesakit perlu pergi ke pusat tersebut setiap hari kecuali hari minggu atau cuti am. Rawatan diberi diantara  20 – 40 kali rawatan merangkumi 2 – 3 bulan bergantung kepada arahan Doktor Onkologi. Sinaran radioterapi mengambil masa lebih kurang 5 minit setiap kali rawatan. Kebanyakkan pesakit mengalami masalah kekeringan bibir, cepat dahaga dan kulit bertukar warna di bahagian yang dirawat dan sebagainya.
  3. Kemoterapi
    Rawatan kimoterapi dijalankan melalui infusi intravenous. Ubat ini perlu diberikan selama beberapa hari. Sebelum rawatan dimulakan, ujian darah diambil untuk menentukan tahap kecergasan pesakit dan tiada sebab kesihatan yang menghalang ianya digunakan. Hanya pesakit yang cergas saja diberi ubat kimoterapi. Pesakit boleh menerima rawatan setelah dimasukkan didalam wad atau sebagai rawatan harian. Rawatan diselangkan dengan waktu rehat selama 3 – 4 minggu sebelum rawatan ulangan diberikan merangkumi pusingan sebanyak 6 kali. Dos tambahan mungkin diberi mengikut preskripsi. Pesakit mungkin mengalami muntah-muntah, rambut gugur, badan lesu dan demam.
  4. Gabungan diantara rawatan diatas.


Jika anda datang pada peringkat awal, besar kemungkinan penyakit kanser anda dapat disembuhkan. Jika anda datang lewat, gabungan daripada rawatan diatas adalah yang terbaik. Anda dinasihatkan supaya mengikut nasihat doktor. Kesan sampingan daripada rawatan memang ada, tetapi ramai pesakit yang menerima rawatan mampu mengatasi kesan sampingan tersebut.

Dalam senario kes paling buruk di mana ada peringkat empat kanser (sel-sel kanser telah tersebar di seluruh badan) penjagaan paliatif akan disediakan untuk meningkatkan keselesaan, mengurangkan kesakitan dan memudahkan penderitaan.

Kadar kesedaran masyarakat untuk mencegah kanser kepala dan leher di Malaysia telah meningkat tetapi masih belum mencapai tahap yang memuaskan dan mereka yang mengalami kanser ini adalah kerana tidak pernah menjalani saringan secara teratur. Jika mereka boleh, kenapa anda tidak?

Kemaskini:: 05/04/2022 []

PERKONGSIAN MEDIA

UNIT SUMBER PENDIDIKAN KANSER DAN KLINIKAL (CCARE)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 9754
-
SXDdIAz~