Diagnosis Dan Rawatan | CLINICAL AND CANCER RESOURCE EDUCATION UNIT (CCARE)
» Diagnosis dan Rawatan

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Kanser Pundi Kencing didiagnosis?

Doktor anda mungkin mendiagnosis kanser pundi kencing menggunakan satu atau lebih daripada kaedah berikut:

  • Analisis air kencing melibatkan ujian mengesan sel, pecahan sel dan bahan seperti kristal atau kas (butiran silinder) dalam air kencing
  • Pemeriksaan dalaman, di mana doktor memakai sarung tangan dan memasukkan jari ke dalam vagina atau rektum untuk merasa ketulan yang mungkin disebabkan oleh kanser.
  • Sistoskopi di mana doktor memasukkan tiub kurus yang mempunyai kamera melalui uretra (saluran kencing) untuk melihat pundi kencing anda.
  • Biopsi di mana doktor memasukkan alat kecil melalui uretra dan mengambil sampel tisu daripada pundi kencing untuk melakukan ujian mengesan kanser
  • CT untuk melihat pundi kencing
  • Pielogram Intravena
  • X-rays


Doktor anda akan menentukan tahap kanser pundi kencing dengan sistem pengelasan yang terbahagi kepada tahap 0 hingga 4 untuk mengenalpasti kadar kanser tersebut merebak. Tahap kanser pundi kencing tersebut membawa maksud:

  • Tahap 0 kanser tidak merebak di luar lapisan pundi kencing
  • Tahap 1 kanser tersebut telah merebak di luar lapisan pundi kencing tetapi tidak sampai kepada otot dalam pundi kencing
  • Tahap 2 kanser tersebut telah merebak ke otot dalam pundi kencing
  • Tahap 3 kanser tersebut telah merebak hingga ke tisu di sekeliling pundi kencing
  • Tahap 4 kanser tersebut telah merebak di luar pundi kencing ke kawasan berdekatan dalam badan


Bagaimana pesakit Kanser Pundi Kencing dirawat?

Berdasarkan tahap kanser pundi kencing anda, rawatan bersesuaian akan disarankan doktor anda:

  • Rawatan tahap 0 hingga tahap 1: Rawatan bagi tahap 0 dan tahap 1 kanser pundi kencing termasuklah pembedahan membuang ketumbuhan daripada pundi kencing, kemoterapi, imunoterapi yang melibatkan pengambilan ubat yang meransang sistem imun badan menyerang sel kanser.
  • Rawatan tahap 2 dan tahap 3: Rawatan tahap 2 dan tahap 3 kanser pundi kencing boleh jadi melibatkan
    • Pembuangan sebahagian daripada pundi kencing dan kemoterapi
    • Pembuangan keseluruhan pundi kencing (sistetomi radikal) diikuti dengan pembedahan untuk membina jalan keluar air kencing daripada badan
    • Kemoterapi, terapi radiasi, atau imunoterapi yang dapat mengecilkan ketumbuhan sebelum pembedahan. Digunakan sama ada apabila terdapat halangan untuk melakukan pembedahan, untuk membunuh sel kanser selepas pembedahan atau untuk mengelakkan kanser berulang kembali
  • Rawatan kanser pundi kencing tahap 4
    • Kemoterapi tanpa pembedahan untuk menlegakan simptom dan memanjangkan jangka hayat pesakit
    • Sistetomi radikal dan pembuangan nodus limfa sekitar, diikuti pembedahan untuk membina jalan keluar air kencing daripada badan
    • Kemoterapi, terapi radiasi, dan imunoterapi selepas pembedahan untuk membunuh sel kanser yang berbaki atau untuk melegakan simptom dan memanjangkan jangka hayat pesakit


Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Kanser Pundi Kencing?

Amalan berikut mungkin membantu anda mencegah diri menghidap kanser pundi kencing:

  • Tidak merokok
  • Mengelakkan diri menjadi perokok pasif
  • Mengelakkan bahan kimia karsinogenik
  • Minum air dengan banyak


Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Updated:: 31/05/2022 []

MEDIA SHARING

CLINICAL AND CANCER RESOURCE EDUCATION UNIT (CCARE)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 9754
-
SXEUPAT~