Apakah Yang Meningkatkan Risiko Saya Kepada Kanser Pundi Kencing? | UNIT SUMBER PENDIDIKAN KANSER DAN KLINIKAL (CCARE)
» Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Kanser Pundi Kencing?

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Kanser Pundi Kencing?

Anda akan lebih berisiko tinggi untuk mengalami kanser pundi kencing jika anda mengalami keadaan berikut:

  • Merokok: merokok, menghisap cerut atau paip akan meningkatkan risiko mendapat kanser pundi kencing kerana pengumpulan sisa berbahaya dalam air kencing.
  • Peningkatan usia: Risiko menghidap kanser pundi kencing meningkat dengan peningkatan usia. Kanser pundi kencing boleh berlaku tanpa mengira usia, tetapi sangat jarang dijumpai dalam kalangan pesakit di bawah umur 40 tahun.
  • Bangsa: Pesakit kulit putih lebih berisiko tinggi menghidap kanser pundi kencing berbanding bangsa lain
  • Lelaki: Lelaki lebih berisiko menghidap kanser pundi kencing berbanding wanita
  • Pendedahan kepada bahan kimia tertentu: Buah pinggang anda memainkan peranan penting dalam menapis sisa berbahaya daripada salur darah masuk ke pundi kencing. Disebabkan itu, sesetengah bahan kimia dipercayai meningkatkan risiko mendapat kanser pundi kencing
  • Pengambilan sesetengah ubat kencing manis: Pesakit yang mengambil ubat kencing manis Pioglitazone (Actos) selama lebih dari setahun mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidap kanser pundi kencing.
  • Keradangan pundi kencing yang kronik: Jangkitan atau keradangan pundi kencing (sistitis) yang kronik atau berulang, seperti yang berlaku pada penggunaan jangka masa panjang kateter air kencing akan meningkatkan risiko anda mendapat kanser sel skuamus pada pundi kencing
  • Pernah menghidap atau mempunyai ahli keluarga yang menghidap kanser pundi kencing: Jika anda pernah menghidap kanser pundi kencing, anda berisiko untuk menghidapnya semula. Jika seorang atau lebih daripada keluarga terdekat anda pernah menghidap kanser pundi kencing anda lebih berisiko tinggi menghidapnya walaupun sangat jarang kanser pundi kencing berlaku dalam keluarga yang sama.

 

Kemaskini:: 31/05/2022 []

PERKONGSIAN MEDIA

UNIT SUMBER PENDIDIKAN KANSER DAN KLINIKAL (CCARE)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 9754
-
SXETIAO~