Apakah Punca Kanser Pundi Kencing? | CLINICAL AND CANCER RESOURCE EDUCATION UNIT (CCARE)
» Apakah Punca Kanser Pundi Kencing?

Apakah Punca Kanser Pundi Kencing?

Sehingga kini punca sebenar kanser pundi kencing masih tidak diketahui. Ia berlaku apabila sel abnormal tumbuh, berganda dengan cepat dan tanpa kawalan serta menyerang tisu badan yang lain.

Selain itu, doktor mengelaskan kanser pundi kencing kepada 3 jenis utama, iaitu:

  • Karsinoma sel peralihan (Transitional cell carcinoma): karsinoma ini adalah kanser pundi kencing yang paling kerap dijumpai. Ia bermula dengan sel peralihan pada bahagian dalam pundi kencing. Sel peralihan adalah sel yang mampu berubah bentuk tanpa kerosakan apabila tisu pundi kencing direnggangkan.
  • Karsinoma sel skuamus (Squamous cell carcinoma): karsinoma ini adalah kanser pundi kencing yang jarang ditemui di Amerika Syarikat. Ia bermula apabila sel skuamus yang nipis dan rata terbentuk dalam pundi kencing akibat jangkitan jangka masa panjang atau keradangan dalam pundi kencing.
  • Adenokarsinoma: Adenokarsinoma juga merupakan kanser pundi kencing yang jarang dijumpai di Amerika Syarikat. Ia berlaku apabila sel kelenjar terbentuk dalam pundi kencing selepas iritasi jangka masa panjang dan keradangan. Sel kelenjar adalah sel yang membentuk kelenjar yang merembeskan mukus dalam badan.

Updated:: 31/05/2022 []

MEDIA SHARING

CLINICAL AND CANCER RESOURCE EDUCATION UNIT (CCARE)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 9754
-
SXEaUAO~