|
Sihat sepanjang hayat. Merokok meningkatkan risiko sehingga 10 kali ganda untuk mendapat 40 jenis penyakit serius seperti kanser paru-paru, penyakit jantung dan angin ahmar atau strok. Merokok boleh memberi kesan kepada hampir setiap organ dan tisu badan. |
Mengapa saya harus berhenti merokok?
Merokok memberi keburukan kepada semua orang. Ia tidak memberi kebaikan kerana:
- Merokok memberi kesan buruk kepada orang di sekeliling anda terutama ahli keluarga.
- Ibu yang mengandung boleh melahirkan anak tidak cukup bulan, kurang berat badan atau
mati selepas lahir.
- Kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok boleh:
- Sering sakit dengan mengalami batuk-batuk, selsema serta jangkitan telinga, hidung
dan tekak
- Mengalami perkembangan paru-paru yang lemah
- Mendapat asma
Apakah faedah yang diperolehi dengan berhenti merokok?
Keputusan untuk berhenti merokok adalah untuk kebaikan diri sendiri dan kesihatan keluarga anda.
Faedah-faedah yang diperolehi dengan berhenti merokok ialah:
- Panjang umur - Satu dari dua perokok akan mati lebih awal disebabkan penyakit berkaitan
merokok. Merokok membunuh hampir 5 ribu rakyat Malaysia setiap tahun.
- Mengelakkan dari bahan-bahan berbahaya - Asap rokok mengandungi hampir 4,000 bahan
kimia dan 50 daripadanya boleh menyebabkan kanser.
- Mencegah penyakit - Hampir 40 jenis penyakit yang berkait dengan merokok. Kanser paru-
paru, sakit jantung, penyakit paru-paru yang kronik,strok dan ulser di bahagian lapisan kulit
perut adalah antara penyakit-penyakit bahaya akibat tabiat merokok
- Kehidupan yang lebih sihat - Mereka yang tidak merokok kurang mendapat batuk, selsema
dan lain-lain penyakit pernafasan berbanding dengan perokok
- Mencegah daripada mendatangkan keburukan kepada orang lain - bila anda merokok, ia
memberi kesan kepada orang di sekeliling anda, di mana asap rokok tersebut boleh
mendatangkan serangan asma dan lain-lain penyakit berkaitan dengan pernafasan
- Menjadi contoh yang baik terutama untuk keluarga dan anak-anak.
- Meningkatkan tahap kecergasan dan memiliki badan yang sihat
- Meningkatkan deria bau dan rasa
- Memiliki gigi yang putih dan nafas yang segar
- Rambut dan pakaian tidak berbau asap rokok
- Menjimatkan wang - Labur wang anda berbanding membeli rokok (RM5.00 sehari, pelaburan =RM 150.00 sebulan = RM 1800.00 setahun. Jika anda melabur untuk 10 tahun, anda sudah mempunyai RM18,000.00 dalam akaun simpanan anda)
- Melindungi alam sekitar - Puntung rokok dibuang oleh perokok boleh menyebabkan kebakaran
- Meningkatkan kesuburan.
- Meningkatkan tahap 'kelakian'
Bagaimana hendak berhenti merokok?
Pelajari kaedah-kaedah yang betul. Banyak kaedah untuk berhenti merokok. Faktor yang paling
penting adalah keinginan anda untuk menjadikannya satu kenyataan.
- Tetapkan tarikh untuk berhenti
- Yakin diri
- Buatkan nota peringatan
- Katakan pada diri anda "saya bukan perokok"
- Sentiasa berfikiran positif
- Dapatkan sokongan
- Gunakan terapi penganti nikotin
- Amalkan 12M untuk berhenti merokok
TEKNIK BERHENTI MEROKOK
Tip Berhenti Merokok 12 M:
- Melengah-lengahkan
- Tunggu 5 minit atau katakan nanti sebentar
- Menarik nafas panjang
- Tarikh nafas 3 kali secara perlahan-lahan
- Minum air
- Terutama air masak. Elakkan minuman berkafein
- Menyibukkan diri
- Buat sesuatu bagi mengalih fikiran dan untuk melupakan rokok
- Menjauhkan diri
- Daripada orang yang merokok
- Mengelakkan diri
- Daripada suasana atau situasi yang mendorong kepada merokok
- Mengunyah sesuatu
- Seperti gula-gula getah dan buah-buahan. Elakkan yang manis
- Menggunakan Terapi Penggantian Nikotin daripada Klinik Berhenti Merokok
- Mandi dengan kerap dan cuci tangan selalu
- Meregangkan otot
- Meditasi
- Memohon doa
DISEDIAKAN OLEH: Pn. Shafikah Binti Rahim
RUJUKAN:
https://www.infosihat.gov.my/index.php/isu-semasa/42-tips-berhenti-merokok
https://www.nicorette.com.my/ms?&utm_source=google.com&utm_medium=cpc&utm_term=berhenti_rokok&utm_campaign=nicorette_alwayson_generic_bm
https://www.bhf.org.uk/informationsupport/heart-matters-magazine/wellbeing/stop-smoking/smoking-tips
http://www.webmd.com/smoki.../ss/slideshow-tips-quit-smoking
https://www.webmd.com/smoking-cessation/ss/slideshow-13-best-quit-smoking-tips-ever
Tarikh Input: 31/05/2021 | Kemaskini: 09/01/2023 | aimerul
PERKONGSIAN MEDIA