Kesihatan Untuk Semua” Tema Hari Kesihatan Sedunia 2023 | UNIT SUMBER PENDIDIKAN KANSER DAN KLINIKAL (CCARE)
» ARTIKEL » Kesihatan Untuk Semua” tema Hari Kesihatan Sedunia 2023

Kesihatan Untuk Semua” tema Hari Kesihatan Sedunia 2023

Sekali lagi tahun ini kita menyambut Hari Kesihatan Sedunia yang jatuh pada Tarikh 7 April 2023. Setiap sambutan yang diadakan mempunyai tema berbeza setiap tahun bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai isu utama kesihatan semasa. Tema pada tahun ini adalah “Kesihatan untuk Semua”. Tema ini dilihat satu deklarasi tegas keperluan terhadap kesihatan dari semua negara bagi melindungi kesihatan global.

Kerajaan memberikan komitmen tiada diskriminasi kesihatan kepada seluruh rakyat negara ini sempena ulang tahun ke-75 Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Kesihatan untuk Semua bermaksud semua individu dan komuniti perlu mempunyai akses kepada penjagaan kesihatan tanpa mengambil kira latar belakang. Hak untuk kesihatan ini seharusnya dinikmati oleh setiap orang secara saksama tanpa mengira status atau sebarang perbezaan dan diskriminasi

Tanggungjawab terhadap kesihatan bukanlah hanya peranan pihak hospital atau Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) namun ianya adalah usaha menyeluruh semua peringkat termasuk melibatkan seisi masyarakat dan juga kolaborasi antara agensi yang terlibat.

Setiap dari kita mempunyai peranan bagi memastikan dapat mencapai akses perkhidmatan serta menggunakan sebaik-baiknya perkhidmatan yang ditawarkan dan dalam masa yang sama memperhebatkan usaha-usaha promosi kesihatan.

"Hargai nilai kesihatan kita"
"KESIHATAN UNTUK SEMUA"

Disediakan oleh: Puan Shafikah binti Rahim

Tarikh Input: 14/04/2023 | Kemaskini: 14/04/2023 | aimerul

PERKONGSIAN MEDIA

UNIT SUMBER PENDIDIKAN KANSER DAN KLINIKAL (CCARE)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 9754
-
SXEYNAe~