KES KUSTA BAHARU MENINGKAT TAHUN LALU | UNIT SUMBER PENDIDIKAN KANSER DAN KLINIKAL (CCARE)
» ARTIKEL » KES KUSTA BAHARU MENINGKAT TAHUN LALU

KES KUSTA BAHARU MENINGKAT TAHUN LALU

Malaysia merekodkan peningkatan kes kusta baharu sebanyak 15.5 peratus atau 164 kes pada tahun lalu, berbanding tahun sebelumnya iaitu sebanyak 142 kes. Peningkatan itu adalah hasil daripada pengesanan kes secara aktif di lokaliti endemik yang dilakukan anggota kesihatan di peringkat daerah.

Peringkat global, penyakit kusta menunjukkan peningkatan pada tahun 2021 iaitu sebanyak 10.2 peratus atau 140,594 kes baharu berbanding tahun 2020 (128,405 kes baharu), berbanding tahun 2020 (128,405 kes baharu).

 

Berlainan pula di Malaysia, terdapat penurunan kes baharu sebanyak 21.5% (142 kes) pada

tahun 2021 berbanding 181 kes pada tahun 2020. Ini adalah disebabkan oleh Perintah

Kawalan Pergerakan (PKP) semasa pandemik Covid-19 yang menghadkan aktiviti saringan

dan pengesanan kes. Kemasukan warganegara asing ke negara juga dikawal.

Untuk lima tahun ini, kadar kejadian kusta dalam kalangan kes baharu kanak-kanak dan Grade 2 Deformity (G2D) kekal tinggi dan melebihi sasaran yang ditetapkan oleh WHO. Bagi kes kusta Baharu kanak-kanak, pencapaian adalah di antara 3% ke 6% setahun manakala bagi kes baharu dengan G2D adalah di antara 0.03 kes kepada 0.05 kes bagi setiap 100,000 penduduk di Malaysia.

 

Negeri Sabah menyumbang sebanyak 35%-40% dari keseluruhan kes kusta di Malaysia menjadikan ianya tertinggi dibebani kusta berbanding negeri negeri yang lain. Ini dituruti pula dengan negeri Pahang (7%-23%) dan Selangor (8%-14%).

 

Malaysia masih mempunyai beberapa lokaliti endemik di mana kadar prevalen melebihi 10 kes bagi setiap 10,000 penduduk lokaliti.

 

Penyakit ini sering terpalit dengan stigma dan diskriminasi ini perlu diuar-uarkan agar masyarakat mengetahui bahawa ia adalah sejenis penyakit berjangkit yang tiada kaitan dengan keturunan dan boleh sembuh.

Sejak empat dekad yang lampau, sebanyak 18 juta pesakit kusta di dunia dirawat dengan pemberian rawatan WHO Multidrug Therapy (WHO - MDT) sehingga sembuh dan ini secara langsung mengurangkan kadar prevalen kusta di dunia sebanyak 95 peratus.

Tanpa mengambil terapi MDT yang menjadi protokol utama bagi mereka yang menghidap penyakit kusta, penyakit ini mudah tersebar kepada individu lain ketika mereka berada di tempat awam.

Sebaik sahaja penghidap menerima rawatan, mereka tidak lagi berupaya untuk menyebarkan penyakit tersebut kepada individu lain. 

Lakukan saringan kusta sekiranya anda seorang kontak kepada pesakit kusta atau mengalami tanda seperti dikongsikan ini.

Saringan kulit terhadap komuniti melalui pengesanan kes secara aktif (ACD). Kontak rapat turut dikenal pasti dan disaring di klinik-klinik yang berdekatan mengikut garis panduan sedia ada.

Hari Kusta Sedunia disambut pada 31 Januari setiap tahun, untuk memperingati mereka yang terkesan akibat penyakit ini dan memberi kesedaran bahawa kusta masih wujud dan masyarakat perlu memainkan peranan di dalam memastikan kelestarian dan kesejahteraan kehidupan pesakit diteruskan.

Marilah kita bersama-sama memberi peringatan kepada khalayak umum bahawa penyakit kusta belum pupus dan boleh sembuh dengan terapi antibiotik.

Tanpa rawatan, komplikasi yang boleh dialami oleh pesakit kusta boleh menjejaskan kualiti hidup individu. Jika anda pernah berhubung rapat dengan pesakit kusta, dapatkan khidmat nasihat dan rawatan susulan daripada doktor.

 

Disediakan oleh: Puan Shafikah binti Rahim (Pegawai Jururawat)

Sumber:

Manual Pengurusan Kusta Kebangsaan (Program Kawalan Kusta Kebangsaan) – Edisi ketiga

https://hellodoktor.com/kesihatan/fakta-menarik/penyakit-kusta-sudah-pupus/

https://twitter.com/KKMPutrajaya/status/1619563721348767748

https://www.utusan.com.my/nasional/2023/01/kes-kusta-baharu-meningkat-tahun-lalu/

 

 

Tarikh Input: 26/01/2024 | Kemaskini: 26/01/2024 | aimerul

PERKONGSIAN MEDIA

UNIT SUMBER PENDIDIKAN KANSER DAN KLINIKAL (CCARE)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 9754
-
SXEcKA1~