Tema:"Solidariti Sejagat, Tanggungjawab Bersama"
PENGENALAN: KANSER BERKAITAN HIV/AIDS
Di sini anda akan mengetahui beberapa maklumat asas mengenai kaitan atau hubungan di antara penyakit kanser dan HIV/ AIDS dan beberapa bahagian organ terlibat yang mungkin dihidapi oleh pesakit.
Mengenai HIV / AIDS
Sindrom kekurangan imuniti (AIDS) adalah penyakit sistem imun yang disebabkan oleh jangkitan dengan virus Human Imunodefisiensi (HIV). HIV sering disebarkan melalui darah dan hasil rembesan badan, seperti air mani. Seseorang dengan HIV sangat terdedah kepada keadaan yang boleh mengancam nyawa kerana HIV melemahkan sistem imun badan yang teruk. Apabila jangkitan HIV disebabkan oleh gejala dan sindrom penyakit tertentu, penyakit ini disebut sebagai Acquired immunodeficiency syndrome (AIDS).
Mengenai kanser berkaitan HIV/AIDS
Penghidap HIV / AIDS mempunyai peningkatan risiko kanser seperti berikut:
Bagi penghidap HIV, tiga jenis kanser ini sering disebut "keadaan yang menyebabkan AIDS". Ini bermaksud jika seseorang dengan jangkitan HIV mempunyai salah satu daripada kanser ini, boleh dikatakan bahawa AIDS telah berkembang.
Hubungan di antara HIV / AIDS dan kanser sukar untuk difahami, tetapi kaitannya mungkin bergantung pada sistem imuniti yang lemah. Sebilangan besar jenis kanser ini bermula apabila sel yang sihat berubah dan membesar di luar kawalan, serta membentuk jisim yang disebut tumor. Tumor boleh menjadi malignan (barah) atau benign (bukan barah). Tumor malignan akan bersifat agresif, ia boleh membesar dan merebak ke organ lain dalam badan. Tumor benign bermaksud tumor boleh membesar dan tidak akan merebak.
Jenis kanser yang paling biasa bagi penghidap HIV / AIDS adalah seperti di bawah:
Sarkoma Kaposi
Sarkoma Kaposi adalah sejenis sarkoma tisu lembut yang secara kebiasaannya terjadi pada lelaki yang lebih tua, berketurunan Yahudi atau Mediterranean, dan pemuda di Afrika, atau orang yang telah melakukan pemindahan organ. Kini, sarkoma Kaposi sering berlaku pada lelaki homoseksual dengan HIV / AIDS dan berhubung dengan jangkitan virus herpes manusia 8 (HHV-8). Sarkoma Kaposi pada penghidap HIV juga disebut wabak sarkoma Kaposi.
Sarkoma Kaposi yang berkaitan dengan HIV / AIDS menyebabkan lesi yang muncul lebih dari satu bahagian badan, termasuk kulit, kelenjar nodus limfa, dan organ-organ seperti hati, limpa, paru-paru, dan saluran pencernaan.
Limfoma Non – Hodgkin
Limfoma Non-Hodgkin (NHL) adalah kanser sistem limfa. Limfoma bermula apabila sel yang sihat dalam sistem limfatik berubah dan membesar di luar kawalan, dan membentuk tumor. Sistem limfa terdiri daripada saluran kapilari yang nipis dan bercabang ke seluruh bahagian badan. Tugasnya adalah untuk melawan jangkitan. Sistem limfa membawa cecair limfa, cecair tidak berwarna yang mengandungi sel darah putih yang disebut limfosit. Limfosit melawan kuman di dalam badan. Kumpulan organ kecil berbentuk seperti kacang yang disebut kelenjar nodus limfa terletak di seluruh badan pada bahagian yang berlainan dalam sistem limfa. Kelenjar nodus limfa terdapat di dalam kawasan perut atau abdomen, pangkal paha, pelvis, ketiak, dan leher. Bahagian-bahagian lain dari sistem limfa termasuk limpa, yang menghasilkan limfosit dan menapis darah; thymus, organ di bawah tulang dada (sternum); tonsil, terletak di kerongkong; dan sumsum tulang, iaitu tisu merah di dalam tulang yang membuat sel darah dan platelet.
Terdapat beberapa jenis NHL yang berbeza. Jenis NHL yang paling biasa dihidapi oleh penghidap HIV / AIDS tahap akhir termasuk:
Baru-baru ini, doktor mendapati bahawa, walaupun penghidap HIV / AIDS yang terkawal berkemungkinan akan dapat kanser NHL.
Kanser serviks
Kanser serviks bermula pada bahagian serviks wanita, bahagian bawah rahim yang sempit. Rahim atau uterus adalah bahagian janin berada semasa kehamilan. Serviks menghubungkan bahagian bawah rahim dengan vagina dengan faraj, ia membentuk saluran kelahiran.
Wanita yang menghidapi HIV / AIDS mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat neoplasia intraepithelial serviks (CIN), iaitu pertumbuhan sel pra kanser di serviks yang dikaitkan dengan jangkitan Human papillomavirus (HPV). CIN gred tinggi boleh berubah menjadi kanser serviks yang invasif.
Bagi penghidap HIV / AIDS juga berkemungkinan akan menghidapi kanser lain seperti:
Hubungan antara HIV dan kanser telah dikaji secara menyeluruh. Jangkitan HIV membawa kepada sistem pertahanan tubuh yang lemah dan bilangan sel CD4 + T yang lebih rendah, atau jumlah yang membantu melawan jangkitan.
Ini berkemungkinan orang yang hidup dengan HIV akan mendapat penyakit kanser, seperti papillomavirus manusia dan herpesvirus Kaposi sarkoma. Rawatan dengan kombinasi antiretroviral (cART), yang menggunakan lebih daripada satu ubat untuk memerangi jangkitan HIV dan mengekalkan sistem pertahanan tubuh, jadi kaedah ini akan menurunkan risiko jangkitan dan kanser yang berkaitan dengan HIV.
Dalam dua dekad yang lalu, cART telah membantu penghidap HIV hidup lebih lama; namun, terdapat peningkatan risiko kanser ketika mereka meningkat usia, sama seperti orang tanpa HIV. Ini bermaksud bahawa penghidap HIV juga harus menyedari risiko mereka terkena jenis kanser yang lain.
Mengurangkan risiko kanser
Kanser adalah salah satu penyakit yang biasa ditemui pada penghidap HIV di Amerika Syarikat dan negara-negara maju yang lain. Ia juga merupakan penyebab utama kematian penghidap HIV. Kanser paru-paru, hati, limfoma Hodgkin, rektum, otak dan leher adalah beberapa jenis barah yang bukan AIDS, dan kebiasaanya pada populasi positif HIV. Kanser ini dikaitkan dengan faktor risiko seperti merokok, keradangan kronik akibat HIV, dan adanya virus lain, seperti virus Epstein-Barr, hepatitis B, atau hepatitis C.
Sukar untuk merawat semua virus yang menyebabkan kanser. Namun, ada perkara yang boleh dilakukan untuk mengubah beberapa faktor dan menurunkan risiko kanser.
Pengesanan Awal Kanser
Lakukan pemeriksaan perubatan secara berkala. Berbincang dengan doktor anda mengenai risiko kanser dan masalah yang perlu anda beri perhatian. Ambil tahu mengenai ujian yang boleh anda dapatkan walaupun tidak mempunyai tanda-tanda kanser:
Ketahui tanda-tanda amaran kanser dan lakukan pemeriksaan sendiri. Sekiranya anda melihat tanda-tanda amaran ini, beritahu doktor atau doktor gigi anda dengan segera:
Dapatkan rawatan bagi kanser
Sekiranya anda penghidap HIV dan didiagnosis menghidapi kanser, dapatkan rujukan dan bertemu pakar onkologi yang berpengalaman bagi merawat kanser serta mempunyai pengalaman merawat penghidap HIV. Secara umum, rawatan untuk kanser pada penghidap HIV adalah sama dengan mereka yang HIV-negatif. Sebagai contoh, kajian bagi limfoma Hodgkin menunjukkan bahawa pesakit, tanpa mengira status HIV mereka, menerima rawatan kemoterapi yang sama, kadar kelangsungan hidup adalah sama, walaupun penghidap HIV mengalami kanser tahap akhir.
Pakar perubatan bagi penyakit berjangkit yang menyediakan rawatan HIV dan pakar onkologi harus bekerjasama untuk mengenal pasti plan perancangan rawatan yang tepat untuk kedua-dua keadaan. Pakar penyakit berjangkit boleh memberi nasihat mengenai ubat HIV untuk mencegah interaksi ubat dengan rawatan kanser.
Walaupun terdapat ujian klinikal berkenaan kanser, penghidap HIV perlu dikecualikan kerana bimbang mengenai keselamatan rawatan kanser dan kemungkinan interaksi ubat dengan cART ini mulai berubah. Tetapi mpada masa kini beberapa pakar onkologi mengesyorkan agar penghidap HIV dimasukkan dalam ujian klinikal kecuali ada alasan yang jelas untuk mereka tidak boleh sertai dalam kajian tersebut. Pesakit boleh bertanyakan kepada doktor, apakah ujian klinikal yang ada untuk anda atau jika perlu untuk anda mendapatkan pendapat atau pandangan kedua.
Kekal Sihat untuk Mencegah Kanser
HIV melemahkan sistem imun dan berkemungkinan jangkitan virus atau tumor lain yang boleh menyebabkan kanser. Para saintis sedang bekerja keras untuk mengetahui hubungan antara HIV, virus lain, dan kanser serta menghasilkan ubat-ubatan bagi mencegah dan merawat penyakit ini. Sementara itu, lakukanlah yang termampu untuk kekal sihat dan mencegah penyakit kanser.
SUMBER:
https://www.cancer.net/cancer-types/hivaids-related-cancer
https://www.medpagetoday.com/hivaids/hivaids/72740
https://www.aids2020.org/theme-and-objectives/
Disediakan oleh: Puan Shafikah Rahim
Tarikh Input: 01/12/2020 | Kemaskini: 09/01/2023 | aimerul
Blok Utara, Pusat Pengajaran dan Latihan (Aras 1)
Hospital Sultan Abdul Aziz Shah
Persiaran Mardi - Upm,
43400 Serdang,
Selangor