Ada Apa Dengan Piramid Makanan Malaysia 2020? | UNIT SUMBER PENDIDIKAN KANSER DAN KLINIKAL (CCARE)
» ARTIKEL » Ada Apa Dengan Piramid Makanan Malaysia 2020?

Ada Apa Dengan Piramid Makanan Malaysia 2020?

Piramid Makanan Malaysia 2020


Piramid Makanan Malaysia 2020 merupakan panduan pemakanan sihat dan seimbang yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bagi menggantikan Piramid Makanan Malaysia 2010. Piramid Makanan Malaysia 2010 telah dimodifikasi berdasarkan bukti saintifik dan status pemakanan rakyat Malaysia yang terkini. Rakyat Malaysia disaran untuk mengamalkan pemakanan berdasarkan keperluan tenaga harian mengikut jenis dan kuantiti makanan dari setiap kumpulan makanan. Piramid Makanan Malaysia 2020 menentukan bilangan sajian dari setiap kumpulan makanan yang perlu diambil oleh individu dewasa berdasarkan keperluan kalori 1,500 kcal, 1,800 kcal dan 2,000 kcal.

Piramid Makanan Malaysia 2020 terdiri daripada 4 aras kumpulan makanan. Bahagian dasar iaitu aras paling bawah piramid merupakan jenis kumpulan makanan yang perlu diambil dalam kuantiti paling banyak, manakala bahagian puncak piramid ialah jenis kumpulan makanan yang perlu diambil dalam kuantiti paling sedikit dalam menu harian kita.

Perincian bagi setiap aras Piramid Makanan Malaysia 2020 beserta contoh saiz bagi 1 sajian adalah seperti berikut:


Perbezaan antara Piramid Makanan Malaysia 2010 dan Piramid Makanan Malaysia 2020



Disediakan oleh: Pn. Nurfaizah Saibul 

 

Sumber:

  1. Piramid Makanan Malaysia 2020 – Mendidik Rakyat Mengambil Makanan Dengan Betul https://www2.moh.gov.my.
  2. Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia.
  3. Portal MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia <http://www.myhealth.gov.my>

 

Tarikh Input: 30/07/2021 | Kemaskini: 09/01/2023 | aimerul

PERKONGSIAN MEDIA

UNIT SUMBER PENDIDIKAN KANSER DAN KLINIKAL (CCARE)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 9754
-
SXEaJAf~