Program Kesihatan & Kempen Derma Darah | CANCER RESOURCE & EDUCATION CENTER
» NEWS » PROGRAM KESIHATAN & KEMPEN DERMA DARAH

Program Kesihatan & Kempen Derma Darah

Puchong, 10 Ogos 2014 Pusat Sumber & Pendidikan Kanser (CaRE) telah dijemput oleh sekumpulan pelajar dari Universiti Kuala Lumpur (UniKL) untuk bekerjasama menjayakan Program Khidmat Masyarakat ‘Pro Health: Loyal Students to Residents’ yang dianjurkan oleh mereka. Rumah Amal Limpahan Kasih yang terletak di Lorong Bistari 3, Kampung Sri Aman Bistari telah dipilih sebagai lokasi untuk menjalankan khidmat masyarakat ini. Berbeza dari program khidmat masyarakat yang sering diadakan, program kali ini mengambil isu kesihatan sebagai tema.

Memandangkan CaRE adalah sebuah pusat yang menawarkan pendidikan, saringan, pengurusan dan perkhidmatan sokongan kanser, maka CaRE telah bersetuju untuk mengadakan pameran dengan membawa Bas Pengembangan Putra. Seperti yang biasa dilakukan oleh CaRE, pameran tentang perkhidmatan CaRE, maklumat tentang kanser utama di Malaysia, amalan gaya hidup sihat serta pameran anatomi organ manusia telah diadakan di dalam bas tersebut. Penerangan tentang pemeriksaan sendiri payudara (PSP) juga telah diadakan di dalam bas berdasarkan kepada permintaan.    

Seramai 200 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur telah mengunjungi bas tersebut. Bagi golongan kanak-kanak, penerapan tentang amalan gaya hidup sihat telah diberikan kepada mereka agar mereka dapat memahami kepentingan serta terus mengamalkan gaya hidup yang sihat. Bagi penduduk Kampung Sri Aman Bistari serta warga Rumah Amal Limpahan Kasih, mereka dapat mengetahui jenis kanser utama di Malaysia, gejala dan tanda awal kanser dan banyak lagi. CaRE berharap agar dapat menyertai atau menagnjurkan lebih banyak lagi program seumpama ini. Program ini bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 2.00 petang.


Antara penghuni Rumah Amal Limpahan Kasih yang masuk ke dalam bas


Updated:: [marianishaari]

MEDIA SHARING

CANCER RESOURCE & EDUCATION CENTER
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0389471011
0389472706
C1498188732