PAMERAN KESEDARAN KANSER SEMPENA PROGRAM SISWA@KAMPUNG DI KG. JERAM, TANJONG KAR | CANCER RESOURCE & EDUCATION CENTER
PAMERAN KESEDARAN KANSER SEMPENA PROGRAM SISWA@KAMPUNG DI KG. JERAM, TANJONG KAR

TANJONG KARANG, 21 Mei 2016 – Pusat Sumber dan Pendidikan Kanser (CaRE) telah dijemput untuk mengadakan pameran kesedaran kanser sempena Program Siswa @ Kampung di Kampung Jeram, Tanjong Karang, Selangor bermula jam 2.00 hingga 5.00 petang. Pameran ini diadakan di Sekolah Kebangsaan Jeram, Batu 20, Kg. Jeram, Tanjong Karang, Selangor. Seramai 74 orang pelajar dari Kumpulan Bakti Siswa (BAKSIS) UPM, wakil pelajar UiTM dan wakil pelajar daripada UKM telah menyertai program ini dan bersama-sama dengan CaRE untuk menyebarkan maklumat mengenai kanser kepada keluarga angkat mereka. Kumpulan pelajar ini juga telah mendaftar sebagai sukarelawan CaRE. Sepanjang kempen ini dijalankan, CaRE telah mengesan seorang pesakit kanser tulang tahap 4 dan CaRE mengambil maklum untuk mambantu melalui beberapa aktiviti susulan. CaRE juga turut memberi bahan bacaan kepada pesakit kanser tersebut melalui ibu beliau yang merupakan Yang Di Pertua PIBG sekolah.

Hasil program ini, dilihat para guru dan keluarga angkat yang terlibat mengambil peluang yang diberikan ini untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai penyakit kanser yang semakin menular di Malaysia. Sejarah ahli keluarga yang pernah menghidapi kanser juga turut mempengaruhi mereka untuk lebih cenderung untuk mengetahui maklumat berkaitan kanser. Pengunjung wanita juga turut diperkenalkan dengan alat ujian pap smear do-it-yourself (D.I.Y) Cervisafe yang bertujuan untuk mengesan kanser pangkal rahim dan HPV. Ini membolehkan wanita membuat ujian pap smear sendiri di rumah dan CaRE boleh menguruskan penghantaran sampel untuk mendapatkan keputusan ujian pap smear bagi wanita yang ingin membuat ujian pap smear ini.


Staf CaRE memberikan penerangan kepada pengunjung yang hadir


Updated:: [ctfarhanah]

CANCER RESOURCE & EDUCATION CENTER
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0389471011
0389472706