Bangi, 10 September 2014 – Pusat Sumber & Pendidikan Kanser (CaRE) telah dijemput untuk mengadakan pameran dan promosi sempena Forum Umum ke - 3 anjuran Pusat Terapi Sel, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Forum bertajuk Limfoma: Rawatan, Cabaran dan Harapan telah diadakan di Ruang Legar Lobi Utama, Pusat Perubatan UKM (PPUKM) pada jam 2 petang. Program ini telah berlangsung selama 2 hari bermula pada 9 & 10 September 2014. Program ini telah dirasmikan oleh YBhg Prof. Dato' Dr. Raymond Azman Ali, Pengarah Pusat Perubatan UKM.
Pelbagai pengisian telah dijalankan antaranya forum dan pameran dari CaRE dan pelbagai jabatan lain. Antara yang dibincangkan dalam forum tersebut adalah berkenaan dengan isu-isu yang berkaitan dengan limfoma dan cara pencegahan. Isu perubatan dan rawatan Islam adalah antara topik yang menarik minat peserta yang hadir. Terdapat beberapa tips yang dikongsikan oleh panel yang hadir seperti penggunaan daun belalai gajah dan epal hijau untuk mengubati kanser dan banyak lagi. Program diteruskan dengan pameran dari jabatan pemakanan PPUKM dan aktiviti seperti derma darah, derma organ, pengumpulan stem sel dan banyak lagi.
Date of Input: | Updated: | amir_peli
Blok Utara, Pusat Pengajaran dan Latihan (Aras 1)
Hospital Sultan Abdul Aziz Shah
Persiaran Mardi - Upm,
43400 Serdang,
Selangor