CaRE Di Program Sihaton SK Taming Jaya, Balakong | CLINICAL AND CANCER RESOURCE EDUCATION UNIT (CCARE)
» NEWS » CaRE di Program Sihaton SK Taming Jaya, Balakong

CaRE di Program Sihaton SK Taming Jaya, Balakong

Seri Kembangan, 27 September 2014 Satu program kesihatan bertajuk ‘SIHATON’ telah diadakan  bertempat di Sekolah Kebangsaan Taming Jaya (SKTJ), Balakong. Program ini adalah merupakan anjuran guru-guru SKTJ bersama dengan Persatuan Ibu Bapa & Guru (PIBG) sekolah. CaRE turut dijemput oleh pihak PIBG sekolah untuk menyertai program ini dengan membawa Bas Pengembangan Putra. Seperti yang biasa dijalankan oleh CaRE, di dalam bas tersebut diadakan pameran kesedaran kanser dan gaya hidup sihat dan juga promosi tentang CaRE. Terdapat juga pameran anatomi organ manusia dan penerangan tentang pemeriksaan sendiri payudara (PSP) yang dikelolakan oleh jururawat CaRE. Pameran ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan kerana ramai ibu bapa dan juga guru-guru yang masuk ke dalam bas untuk melihat pameran anatomi dan tidak melepaskan peluang untuk bertanyakan mengenai kaedah pemeriksaan sendiri payudara. Pelajar sekolah juga terdedah kepada pengetahuan tentang amalan gaya hidup sihat yang perlu mereka amalkan pada peringkat umur seawal peringkat sekolah rendah lagi. 


Pembukaan program ‘SIHATON’


Taklimat Pemeriksaan Sendiri Payudara (PSP) oleh staf CaRE.


Date of Input: | Updated: | amir_peli

MEDIA SHARING

CLINICAL AND CANCER RESOURCE EDUCATION UNIT (CCARE)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 9754
-
SXDTNA0~