Fakta 1
Chronic Myeloid Leukaemia atau Myeloid Leukemia Kronik adalah sejenis barah sum-sum tulang atau barah darah yang menyebabkan terlalu banyak sel darah putih yang belum matang mengalir didalam saluran darah. Ia digolong sebagai Philadelphia positive MyeloProliferative Neoplasm (Ph+ MPN)
Calitan Sum-Sum Tulang Normal
Calitan sum sum tulang CML
Fakta 2.
CML adalah merupakan penyakit barah PERTAMA DIBUKTIKAN kromosom yang tidak normal mampu menyebabkan kejadian barah. Pada tahun 1960, Dr Peter C Nowell dari University of Pennsylvania School of Medicine dan Dr David Hungerford dari Fox Chase Cancer Center’s Institute for Cancer Research menamakan kromosom ini Philadelphia Chromosome.
Dr Peter C Nowell
Fakta 3.
Hari CML sedunia disambut pada 22 hb September (22/9) setiap tahun bersempena translokasi sebahagian kecil kromosom 9 kepada kromosom 22.
Fakta 4.
Rawatan canggihnya yang terkini mampu mengelak atau melambatkan cara rawatan pemindahan sum-sum tulang ke atas pesakit dengan hanya mengambil rawatan memakan pil khas direka untuk mengatasi kromosom Philadelphia iaitu TKI atau tyrosine kinase inhibitor yang pertama didunia dipanggil Glivec di Malaysia.
Oleh itu ia juga adalah barah pertama yang dirawat dengan rawatan memakan pil. Walaubagaimanapun kajian sehingga kini membuka kepada maklumat-maklumat baru bahawa ada segelintir pesakit CML masih berisiko untuk mengalami mutasi.
Link penerangan:
Treatment of CML | Tyrosine Kinase (TK) Inhibitors
https://www.youtube.com/watch?v=qeat74XSmcE
Strategies in Chronic Myeloid Leukemia: The Evolving Treatment Landscape
Fakta 5.
Bebanan CML di Malaysia adalah sama seperti di negara lain. Menurut Malaysian National Cancer Registry Report 2007–2011, prevalen CML di Malaysia adalah 573, iaitu 12.5% dari jumlah kes leukemia dalam negara. Pendaftaran kes CML adalah dibawah Malaysian Patient Assistance Program (MyPAP) iaitu kerjasama antara syarikat dan orang awam iaitu antara KKM dan syarikat farmaseutikal Novartis, diurus oleh organisasi global tidak berkeuntungan (The Max Foundation), dengan sokongan Malaysian Society of Haematology.
Link data:
https://journals.plos.org/plosone/article?id=10.1371/journal.pone.0256804
http://www.maxfamily.org/
Disediakan oleh: Profesor Madya Dr Bahariah Khalid
Tarikh Input: 26/09/2022 | Kemaskini: 09/01/2023 | aimerul
PERKONGSIAN MEDIA