Hari Hipertensi Sedunia pada tahun ini disambut pada 17 Mei 2023. Di Malaysia, ianya akan dilancarkan pada 25 Mei dengan tema Awasi Tekanan Darah, Kawal Pengambilan Garam: Cegah Hipertensi, bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai penyakit hipertensi (tekanan darah tinggi) di kalangan masyarakat Malaysia.
Ia disambut bertemakan Tekanan Darah Terkawal, Hidup Lebih Sejahtera (Measure Your Blood Pressure Accurately, Control It, Live Longer) bagi meningkatkan kesedaran dan kepentingan mengawal tekanan darah di kalangan masyarakat
Laporan NHMS 2019 menunjukkan 3 daripada 10 atau 6.4 juta orang dewasa di Malaysia menghidap darah tinggi atau hipertensi.
Hipertensi ialah antara penyakit tidak berjangkit (NCD) yang dianggap pembunuh senyap kerana kebiasaannya tidak menunjukkan gejala di peringkat awal penyakit.
ð—›ð—¶ð—½ð—²ð—¿ð˜ð—²ð—»ð˜€ð—¶ ð—®ð˜ð—®ð˜‚ ð—½ð—²ð—»ð˜†ð—®ð—¸ð—¶ð˜ ð—±ð—®ð—¿ð—®ð—µ ð˜ð—¶ð—»ð—´ð—´ð—¶ merupakan penyakit kronik yang boleh mengakibatkan komplikasi seterusnya kematian pra matang jika tidak dicegah dan dirawat.
Hampir 50% dari penghidap hipertensi di kalangan dewasa di Malaysia tidak menyedari mereka mengalaminya (NHMS 2019) oleh itu lewat mendapatkan rawatan.
Kebanyakan kes hipertensi tidak menunjukkan simptom awal. Oleh itu, orang ramai digalakkan untuk melakukan pemeriksaan awal untuk mengetahui status tekanan darah. Oleh itu, masyarakat perlulah mengambil langkah-langkah bagi menguruskan takanan darah tinggi seperti berikut:
Lakukan aktiviti fizikal atau senaman pada intensiti sederhana sekurang-kurangnya 30 minit sehari, lima (5) hari seminggu.
Pengambilan alkohol secara berlebihan dikaitkan dengan penyakit hipertensi.
Jika anda seorang perokok, berhenti merokok. Jangan mula merokok, jika anda tidak merokok.
Amalkan diet seimbang mengikut konsep Pinggan Sihat Malaysia dan hadkan pengambilan garam tidak melebihi satu (1) paras sudu teh sehari bagi mengurangkan risiko hipertensi, sakit jantung dan strok.
Capai dan kekalkan berat badan yang ideal. Berat badan berlebihan boleh meningkatkan risiko hipertensi.
Mengurus dan menangani tekanan dengan baik secara tidak langsung mengurangkan tekanan darah tinggi seterusnya mencegah komplikasi.
Justeru, dalam usaha untuk mengukuhkan aktiviti saringan kesihatan di kalangan rakyat Malaysia, KKM dengan kerjasama pelbagai kementerian dan agensi akan menganjurkan Inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan bermula pada bulan Julai 2022 sehingga kini. Melalui program ini, orang ramai akan tampil untuk melakukan saringan kesihatan agar pencegahan dan kawalan penyakit dapat dilakukan lebih awal.
Disediakan oleh: Puan Shafikah binti Rahim
Sumber:
https://twitter.com/KKMPutrajaya
https://www.moh.gov.my/index.php/pages/view
Date of Input: 23/05/2023 | Updated: 10/08/2023 | aimerul
Blok Utara, Pusat Pengajaran dan Latihan (Aras 1)
Hospital Sultan Abdul Aziz Shah
Persiaran Mardi - Upm,
43400 Serdang,
Selangor