Perkhidmatan Pengesanan Awal Kanser | PUSAT SUMBER DAN PENDIDIKAN KANSER
» PERKHIDMATAN » Perkhidmatan Pengesanan Awal Kanser

Perkhidmatan Pengesanan Awal Kanser

Pusat Sumber dan Pendidikan Kanser (CaRE), Universiti Putra Malaysia sentiasa berusaha untuk meningkatkan kesedaran kepada orang awam tentang betapa pentingnya pengesanan awal kanser. Hal ini kerana kanser yang dikesan pada peringkat awal mempunyai peluang yang baik untuk dirawat secara berkesan dan mampu meningkatkan peluang untuk sembuh.

Berpadanan dengan usaha ini, CaRE UPM menawarkan Perkhidmatan Pengesanan Awal Kanser menggunakan mesin ultrasound. Pengesanan ini perlu dilakukan secara berkala dan merupakan salah satu medium terbaik untuk mengesan kanser di peringkat awal.

Berikut adalah maklumat perkhidmatan:

Hari Rabu
Tempat Pusat Sumber dan Pendidikan Kanser, UPM 
Dikendalikan oleh Prof. Datin Dr. Rozi Mahmud
Pakar Radiologi & Pengarah PPDN

 

Marilah datang membuat pemeriksaan di CaRE bagi membantu melindungi diri anda dan orang yang anda sayangi. Gunakan tarikh lahir anda sebagai peringatan untuk mengingatkan anda melakukan pemeriksaan kesihatan dan melindungi badan anda.

Hubungi kami segera untuk mendapatkan tempat dan waktu temujanji di talian 03-8947 1011 / 03-8947 2787 atau emel ke care.upm.edu@gmail.com.

 

 

Kemaskini:: 08/04/2019 [aimerul]

PERKONGSIAN MEDIA

B1566457672