"PERKONGSIAN BOLEH MENGURANGKAN PENDERITAAN EMOSI"
Individu yang menghidapi kanser berdepan dengan pelbagai isu yang melibatkan aspek fizikal, psikologi, sosial, spiritual dan kewangan. Isu-isu ini bermula semasa didiagnosis menghidap penyakit kanser, sebelum dan semasa rawatan, serta selepas selesai menjalani rawatan. Kanser bukan sahaja memberi kesan kepada individu yang menghadapinya, malah turut memberi kesan kepada penjaga yang terdiri daripada ahli keluarga, rakan taulan, jururawat, pengamal perubatan dan sukarelawan.
Justeru itu, Pusat Sumber dan Pendidikan Kanser (CaRE) menawarkan Perkhidmatan Kaunseling Kanser yang dikendalikan oleh Pakar Perunding Kanan Perubatan Keluarga. Perkhidmatan ini ditawarkan oleh CaRE dalam usaha untuk memberi sokongan emosi dan pemahaman tentang penyakit serta tahap kesejahteraan psikososial golongan tersebut. Antara perkhidmatan yang ditawarkan ialah:
Kaunseling kemoterapi / berkenaan rawatan kanser
Kaunseling penjagaan pesakit
Pendidikan tentang penyakit kanser
Waktu Perkhidmatan Kaunseling dan Pendidikan Kanser ini adalah seperti berikut:
WAKTU PERKHIDMATAN
Hari
Setiap hari Rabu (Minggu Pertama, Kedua dan Ketiga)
Masa
9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari
Tempat
Bilik Kaunseling CaRE
Caj Perkhidmatan
PERCUMA
Pakar
Prof. Dr. Sherina Mohd Sidik Timbalan Pengarah CaRE & Pakar Perunding Kanan Perubatan Keluarga, Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan UPM [Lihat Profil]
Untuk mendapatkan slot temujanji atau maklumat lanjut, sila hubungi 1-800-22-2233 atau e-mel kepada care.upm.edu@gmail.com