Program Outreach UPM-KPT Sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) - Jempol, Negeri Sembilan | CLINICAL AND CANCER RESOURCE EDUCATION UNIT (CCARE)
» NEWS » Program Outreach UPM-KPT sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) - Jempol, Negeri Sembilan

Program Outreach UPM-KPT sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) - Jempol, Negeri Sembilan

Jempol, 8 Oktober - Program Outreach UPM-KPT melalui Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) 2022 siri ke 10 telah menyantuni komuniti Taman Serting Indah, Jempol Negeri Sembilan pada 07 - 09 Oktober 2022.

Program ini dihadiri oleh wakil KSU Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), YBrs. Dr. Wan Baharuddin bin Wan Mahmood, Setiausaha Bahagian Dasar & Penyelidikan, dan Yang Hormat Prof. Dato' Dr. Mohd Roslan Bin Sulaiman, Naib Canselor UPM, serta pengurusan tertinggi UPM telah melibatkan dua-belas (12) pusat tanggungjawab (PTJ) UPM yang turut bersama-sama menawarkan pelbagai aktiviti menarik bertujuan memberikan kesedaran serta permindahan ilmu kepada penduduk setempat.

Melalui program ini, beberapa rerurai telah dibuka untuk komuniti Taman Serting Indah seperti, rerurai kesihatan  yang disediakan oleh Hospital Pengajar UPM (HPUPM), dengan menyediakan perkhidmatan seperti saringan kesihatan secara percuma, rerurai Hospital Veterinar UPM yang menjalankan saringan kesihatan haiwan kesayangan (Kucing) serta rerurai dari UCTC UPM yang membuka rerurai khusus untuk penjagaan tanaman dan disertakan dengan perkongsian ilmu dan ceramah dari setiap wakil PTJ.

Intipati dari pengisian program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada warga setempat dalam mengaplikasikan ilmu dan penjagaan kesihatan adalah penting untuk sentiasa diambil tahu.

Aktiviti lain penganjuran ialah pertandingan mewarna khas untuk kanak-kanak yang berumur dari 4 sehingga 12 tahun, acara sukaneka permainan tradisonal seperti kupas kelapa, boling kelapa dan menganyam ketupat dilihat meninggalkan impak yang positif terhadap komuniti setempat sebagai satu keluarga Malaysia walaupun berbeza latar belakang.

Program berakhir dengan cabutan bertuah, penyampaian hadiah dan sesi bergambar sebagai tanda kenang-kenangan JAKM 2022 peringkat Negeri Sembilan.

 

 

Date of Input: 14/10/2022 | Updated: 03/11/2022 | aimerul

MEDIA SHARING

CLINICAL AND CANCER RESOURCE EDUCATION UNIT (CCARE)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 9754
-
SXEUIAS~