Program Outreach - KPT Perihatin, Komuniti Sejahtera (KRIS): Jom Sihat : Cegah Obesiti Dan Depresi Anjuran Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia Dengan Kerjasama Persatuan Penduduk Selangorku Pr1ma Lakefront Homes (PPSPLH), Cyberjaya | CLINICAL AND CANCER RESOURCE EDUCATION UNIT (CCARE)
» NEWS » Program Outreach - KPT Perihatin, Komuniti Sejahtera (KRIS): Jom Sihat : Cegah Obesiti Dan Depresi Anjuran Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia Dengan Kerjasama Persatuan Penduduk Selangorku Pr1ma Lakefront Homes (PPSPLH), Cyberjaya

Program Outreach - KPT Perihatin, Komuniti Sejahtera (KRIS): Jom Sihat : Cegah Obesiti Dan Depresi Anjuran Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia Dengan Kerjasama Persatuan Penduduk Selangorku Pr1ma Lakefront Homes (PPSPLH), Cyberjaya

Cyberjaya, 26 November - Unit Sumber Pendidikan Kanser & Klinikal (CCARE, HPUPM) serta telah menganjurkan Program KPT Prihatin Komuniti Sejahtera (KRIS) pada 26 November 2022 bertempat di Dewan Pelbagai Guna Lakefront Homes, Cyberjaya

Program bertemakan “Jom Sihat : Cegah Obesiti dan Despresi ini telah berjaya menarik warga sekitar terutamanya penduduk di Lakefront Homes untuk bersama-sama menjayakan program ini.

Program ini juga turut menjemput Pegawai Dietetik, Cik A’ishah Zafirah binti Abdul A’zim daripada Jabatan Dietetik, Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia untuk berkongsi pengetahuan tentang pemakanan sihat dalam sesi ceramah yang diadakan.

Pelbagai aktiviti yang telah diadakan sepanjang program ini berlansung antaranya ialah seperti berikut :

  1. Ceramah Kesihatan
  2. Booth Saringan Kesihatan Mental
  3. Booth Nasihat Pemakanan
  4. Booth Pameran Kesihatan
  5. Ujian Kanser Serviks: HPV DNA KIT
  6. Perkhidmatan Perubatan Rehabilitasi (Fisioterapi dan Terapi Cara Kerja)
  7. Gerai Jualan

Program ini telah memberi manfaat kepada  hampir 200 orang dengan pelbagai aktiviti yang telah diadakan.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada penceramah dan kakitangan atas kerjasama serta komitmen yang telah diberikan sepanjang berlangsungnya program ini.

Date of Input: 01/12/2022 | Updated: 05/01/2023 | aimerul

MEDIA SHARING

CLINICAL AND CANCER RESOURCE EDUCATION UNIT (CCARE)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 9754
-
SXDdAA3~